Samsung Galaxy S7 Hadir Dengan Lebih Kuasa, Lebih Gah, Ketepikan Saingan Lain

0
3,442 views
views

Samsung Galaxy S7 akhirnya hadir untuk bersaing dengan LG G5 dan beberapa peranti lain pada acara MWC 2016 yang sedang berlangsung kini. Telahpun mula dinobatkan sebagai peranti pintar terbaik awal 2016, Galaxy S7 dilengkapi dengan rekaan yang tidak jauh berbeza berbanding siri Galaxy S6 terdahulu, apa yang membezakan antara model-model tersebut ialah SG7 kini lebih berkuasa dengan pelbagai penambahbaikkan dilakukan oleh Samsung pada peranti flagship mereka kali ini.

samsung galaxy s7 malaysia

jika anda merasakan LG G5 sudah cukup mengkagumkan dengan komponen modular dan aksesori permainan mereka seperti VR Headset dan Rolling Bot, Samsung Glaaxy S7 lebih mengkagumkan dimana mereka menambahbaik hampir segala kekurangan pada peranti Galaxy S6 sebelum ini dan mendengar luahan hati pengguna mengenai apa yang diinginkan oleh mereka untuk flagship seterusnya. Agak mengecewakan dimana Samsung mengambil keputusan untuk tidak menggunakan sambungan USB Type-C pada peranti terbaru mereka ini dan memilih untuk mengekalkan Micro-USB untuk pengecasan.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, dua model diperkenalkan dengan cip pemprosesan berbeza iaitu Snapdragon 820 Quad Core dan juga Samsung Exynoss Octa Core yang tidak diumumkan oleh Samsung. Dikuasakan oleh ram 4GB, Galaxy S7 dilengkapi dengan Android 6.0 Marshmallow, 32GB memori terbina dengan sokongan micro sdcard sehingga 200GB dan bateri sebesar 3,000mAh lengkap dengan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar. Selain itu, paparan skrin Amoled bersaiz 5.1 inci pada GS7 ini turut mempunyai teknologi Always On seperti LG G5.

Menyentuh mengenai soal kamera, kamera 12 megapiksel digunakan dibahagian belakang, lebih kecil berbanding Samsung Galaxy S6 (16MP) namun lebih baik dari segi kualiti dalam keadaan kurang pencahayaan. Teknologi Dual-Pixel Sensor digunakan pada kamera utama peranti ini menjadikan ia pertama seumpamanya digunapakai pada peranti pintar.

Penambahbaikan turut dilakukan pada ciri-ciri kalis air, ia kini menyokong rating IP68 yang membenarkan Samsung Galaxy S7 berada pada kedalaman 1.5 meter selama 30 minit. Samsung turut memfokuskan kepada pengalaman bermain games yang lebih baik pada Galaxy S7. Vulkan API digunakan menggantikan OpenGL membolehkan ia menyokong permainan mudah alih berprestasi tinggi (High Performance Mobile Games).

Credit : IGN
Credit : IGN

Pengguna juga tidak perlu risau dengan peranti menjadi panas secara mendadak kerana Samsung Galaxy S7 kini dilengkapi dengan teknologi penyejukan peranti terbaru. Sistem penyejukan berasaskan air (Water-Cooling System) digunakan sekaligus menyelesaikan masalah peranti menjadi panas ketika penggunaan berat. Samsung KNOX turut ditambahbaik dan kini ia diakui sebagai antara peranti Android paling selamat dengan sistem sekuriti yang dijamin selamat.

Menyentuh mengenai soal harga jualan, tiada maklumat dikongsikan. Samsung Galaxy S7 akan mula dijual pada bulan Mac 2016 ini dengan dua model berbeza mengikut pasaran. Masih tidak dapat dipastikan samada Malaysia akan memperolehi versi cip pemprosesan Snapdragon 820 ataupun Exynos Octa Core. Sama-sama kita nantikan.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here