LG G5 Hadir Dengan Rekaan Baru, Spesifikasi Tercanggih

0
2,338 views
views

LG G5 kini diperkenalkan kepada umum secara rasmi di acara Mobile World Congress yang bertempat di Barcelona. Penyambung siri kejayaan LG G4 tersebut hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding model terdahulu disamping dilengkapi spesfikasi canggih terkini untuk tahun 2016.

lg-g5-1

Peranti flagship dengan paparan skrin bersaiz 5.3 inci HD IPS Quantum Display milik LG Mobile dalam siri G tersebut menggunakan spesifikasi canggih yang boleh didapati pada tahun 2016 ini. Antaranya, cip pemprosesan Snapdragon 820 (Adreno 530 GPU), 4GB ram,memori terbina 32GB dengan sokongan sdcard sehingga 2TB (Terabyte), dua kamera utama dengan dua megapiksel berlainan iaitu 16 megapiksel dan 8 megapiksel termasuk 8 megapiksel dibahagian hadapan, sistem pengimbas cap jari, sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Peranti ini turut dilengkapi dengan sambungan USB Type-C, LTE dan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 pada bateri sebesar 2800mAh yang boleh dikeluarkan.

LG G5 hanya mempunyai ketebalan sekitar 7.7mm, butang kawalan volume dipindahkan ke bahagian tepi dan pengimbas cap jari masih dikekalkan dibahagian belakang bersama-sama dengan butang kuasa peranti tersebut. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, LG G5 dilengkapi dengan teknologi skrin Always On yang memaparkan beberapa perkara asas seperti masa, tarikh dan status bateri. LG mengatakan mereka telah mengoptimasikan teknologi skrin ini dan ianya tidak akan memberi kesan kepada penggunaan bateri pada LG G5.

Antara perkara paling menarik yang diperkenalkan pada LG G5 ialah rekaan berasaskan konsep modular dimana beberapa komponen peranti tersebut boleh dicabut dan ditukar. LG Cam Pro merupakan satu komponen yang berfungsi sebagai camera grip khas untuk tujuan fotografi disamping dilengkapi dengan bateri tambahan menjadikan keseluruhan bateri LG G5 sebesar 4000mAh dan mampu bertahan 15% lebih lama.

Komponen kedua ialah LG Hi-Fi Plus yang berfungsi sebagai portable DAC & Amp yang dihasilkan oleh Bang & Olufsen. Ini menjadikan pengalaman mendengar muzik pada peranti ini merupakan satu kelainan dan terbaik dalam kelasnya. Komponen modular ini tidak akan merubah bentuk badan LG G5 berbanding LG Cam Plus yang membuatkan peranti tersebut tampak lebih tebal.

LG Rolling Bot. Sumber : TheVerge
LG Rolling Bot. Sumber : TheVerge

Selain dua aksesori modular tersebut, LG turut memperkenalkan peranti VR mereka tersendiri bersama-sama LG G5 termasuk sebuah robot mainan yang digelar LG Rolling Bot yang boleh dikawal sepenuhnya menggunakan LG G5. Peranti hebat ini akan mula dijual dipasaran pada bulan April kelak dan seperti biasa tiada harga rasmi diumumkan buat masa ini.

sumber | via | via

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here