Dua Peranti Misteri Sony Xperia Muncul Awal Sebelum Diumumkan

0
2,329 views
views

Tidak seperti Samsung Galaxy S7 / Galaxy S7 Edge dan LG G5, sehingga kini tidak banyak maklumat awal yang dikongsikan mengenai Sony Xperia yang akan diperkenalkan pada acara Mobile World Congress kali ini. Menjelang pengumuman Sony untuk peranti terbaru mereka, Evan Blast berkongsi dua keping gambar memberi petunjuk awal peranti terbaru Sony yang akan diumumkan.

Sony Xperia "PP10"
Sony Xperia “PP10”

Sony Xperia “PP10”, mungkin kedengaran agak pelik, merupakan sebuah peranti dengan kemasan seakan logam pada keseluruhan badan, mempunyai rekaan butang kuasa diinspirasikan dari model premium Sony Xperia Z5. Tidak banyak maklumat lain yang dikongsikan mengenai spesifikasi peranti SXPP10 ini.

Selain SXPP10, Evan sekali lagi berkongsi sekeping gambar tanpa sebarang info dan maklumat, sebuah peranti Xperia lain dengan rekaan tanpa bezel langsung di bahagian (bezel less). Ini menyerupai model Sony Xperia C5 terdahulu yang turut diperkenalkan tanpa sebarang bezel.

Peranti misteri Xperia yang dikongsikan Evan Blast
Peranti misteri Xperia yang dikongsikan Evan Blast

Sony dijangka akan membuat pengumuman peranti mereka pada hari ini, sama-sama kita nantikan. Ianya tidak dipastikan samada sebuah lagi peranti flagship ataupun sekadar peranti dalam kelas pertengahan memandangkan Sony Xperia Z5 Premium mereka baru sahaja memasuki pasaran.

sumber | Evleaks

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here