Keyboard Blackberry Priv Kini Boleh Dipasang Pada Mana-Mana Peranti Android

Blackberry Priv yang diperkenalkan baru-baru ini mencuri perhatian banyak pihak memandangkan ianya merupakan peranti android pertama yang dihasilkan oleh Blackberry sendiri. Lebih menarik lagi, Priv merupakan sebuah peranti dengan gabungan papan kekunci atau keyboard fizikal terkenal Blackberry dimana anda boleh slide keatas untuk menggunakannya. Selain daripada papan kekunci fizikal Blackberry tersebut, antara perkara lain yang menarik perhatian ialah keyboard maya yang terdapat pada Priv tersebut.

Ianya satu keyboard dengan rekaan dan rupabentuk minimal menyerupai rupabentuk keyboard tradisional Blackberry lengkap dengan fungsi-fungsi tersendiri. Berita baiknya ialah, file apk keyboard tersebut telah pun dikongsikan di laman internet dan ianya boleh dipasang pada mana-mana peranti Android selain Priv sendiri. Kami telah pun mencuba keyboard tersebut pada Xiaomi Mi 3 yang menggunakan custom rom Cyanogenmod 12.1 Android 5.1.1 Lollipop dan LG Nexus 4 yang turut menggunakan custom rom CM12.1. Segalanya berfungsi dengan baik tanpa sebarang isu dan masalah.

Beberapa pengguna lain turut melaporkan keyboard ini berfungsi dengan baik pada peranti mereka termasuk Huawei Nexus 6P yang menggunakan Android 6.0 berperisa Marshmallow. Walaubagaimanapun, pengguna yang menggunakan peranti Samsung dengan TouchWiz, anda mungkin menghadapi masalah dimana keyboard Priv tidak berfungsi dengan baik.Anda tidak perlu mempunyai root akses pada telefon pintar untuk memasang file apk Keyboard ini.

Untuk memasangnya, anda hanya perlu memuat turun file apk keyboard ini melalui pautan dibawah, masukkan kedalam memori peranti masing-masing dan pasang seperti biasa.

Muat Turun Keyboard Blackberry Priv

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here