Harga OnePlus X Di Malaysia Diketahui – Mula Ditawarkan Oleh Penjual Tempatan

Harga OnePlus X di Malaysia  akhirnya diketahui walaupun kami sendiri tidak menyangka peranti bajet terbaik milik OnePlus tersebut dibawa masuk seawal ini memandangkan ianya baru sahaja diperkenalkan pada 29 Oktober 2015 yang lalu. Peranti dengan spesifikasi tinggi ini hadir dengan rekaan baru dengan harga permulaan serendah $249 atau sekitar RM1070.

sumber : theverge

Seperti yang anda boleh jangkakan, RM1070 bukan harga OnePlus X di Malaysia dan ianya tidak semurah itu. Anda boleh mendapatkan OnePlus X daripada penjual tempatan pada harga RM1300 bermula pada minggu ini. Menyentuh mengenai soal spesifikasi, ini yang terdapat pada OnePlus X :

SPESIFIKASI ONEPLUS X

Paparan Skrin 5.0″ Full HD 1080p AMOLED (441PPI)
Sistem operasi OxygenOS, Android 5.1.1
Processor Qualcomm Snapdragon 801, Adreno 330 GPU
Kamera Utama 13 Megapixel ISOCELL 3M2 CMOS, f/2.2
Kamera hadapan 8 Megapixel, f/2.4
Battery 2,525 mAh LiPo
RAM 3GB LPDDR3
Memori 16GB eMMC v5.0, microSD up to 128GB
SIM Dual Nano SIM slot
Saiz 140 x 69 x 6.9 mm
Berat 138 grams
Ports microUSB, 3.5mm headphone audio jack
Sambungan Bluetooth 4.0, 2.4Ghz b/g/n WCN3680 WiFi, GPS, GLONASS, BDS
Network GSM: 850, 900, 1800, 1900MHz
WCDMA: B1/B2/B4/B5/B8
FDD­LTE: B1/B2/B4/B5/B7/B8

Anda boleh mendapatkan pelbagai peranti dengan harga rm1300, namun OnePlus X tidak harus dipandang ringan. OnePlus sendiri mempunyai reputasi yang agak baik dalam penghasilan telefon pintar yang memuaskan hati terutamanya OnePlus Two mereka yang juga telah mula dijual pada harga sekitar RM1800. OnePlus X mempunyai slot untuk dual sim dimana salah satu dari slot tersebut boleh ditukar kepada MicroSD slot.

Jadi, apa pendapat anda mengenai harga yang ditawarkan? Adakah berbaloi untuk dimiliki pada harga RM1300?

SUMBER

3 COMMENTS

Leave a Reply to soleheen Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here