Cara Install Wechat, WhatsApp Dan Aplikasi Android Pada Komputer – Bahagian 3

1
4,469 views
views

Cara install WeChat, WhatsApp dan aplikasi Android pada komputer/laptop kini memasuki bahagian ketiga. Anda tak perlu cari bahagian kedua ataupun pertama untuk tutorial ini memandangkan ianya tidak berkait antara satu sama lain. Bahagian ketiga yang kami maksudkan, ini antara alternatif lain yang boleh digunakan untuk memasang aplikasi Android pada komputer dan laptop masing-masing.

Perisian komputer pilihan kami kali ini ialah satu perisian yang tak berapa dikenali namun berfungsi dengan lebih baik berbanding beberapa perisian terkenal seperti Bluestack dan Andy. Windroye ialah perisian alternatif kepada Bluestack, berasaskan Android 4.4.2 KitKat, amat ringan dan mudah untuk digunakan. Secara ringkasnya, Windroye berfungsi sebagai sebuah tablet Android maya yang dipasang pada komputer anda.

Kami telah pun mencuba Windroye ini dan agak kagum dengan kestabilan dan kepantasan perisian ini. Proses pemasangan juga amat mudah dan boleh terus digunakan tanpa perlu melalui proses tetapan yang leceh. Dibangunkan oleh developer dari China, bahasa utama perisian ini ialah bahasa China dan anda perlu menukar bahasa dibahagian tetapan sebelum menggunakannya.Anda hanya perlu memuat turun file perisian ini dan pasang pada komputer seperti biasa.

Tukar Tetapan Bahasa

Selesai proses pemasangan, paparan utama Windroye akan keluar,
– Klik pada icon “Gear” (setting)
– Pilih “Language&Input” (icon huruf A)
– Tekan pada bahagian paling atas dan pilih bahasa yang anda inginkan.

Log Masuk Akaun Google Anda

Sama seperti pertama kali menggunakan telefon pintar atau tablet, anda perlu log masuk akaun Google pada bahagian Accounts > Add Account.

Aplikasi dan Permainan, Proses Pemasangan

Anda boleh memuat turun aplikasi dan permainan dari Google Play atau dengan cara memuat turun file APK dan pasang secara manual. Ini boleh dilakukan dengan membuka browser (e.g Dolphin Browser) dan muat turun file APK dari laman web kegemaran anda (e.g ApkMirror).

Pemindahan File

Anda boleh memindahkan file (e.g gambar) ke dalam perisian ini dengan cara drag masuk terus ke antaramuka Windroye ini. Ia akan dimuatnaik ke dalam memori dan boleh diakses melalui file explorer yang sedia terpasang.

Tetapan Lain

Anda boleh setting perkara lain pada Windroye ini seperti resolusi atau saiz windows perisian tersebut. Akan tetapi nasihat kami, tak perlu sentuh jika anda tak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapan asas sudah memadai.

Kawalan

Untuk menaip, Windroye akan mengesan dan menggunakan papan kekunci komputer anda secara automatik namun jika ianya tak berfungsi, anda boleh memilih untuk menggunakan papan kekunci maya tablet tersebut.

Perkara Lain

Anda boleh explore sendiri 🙂

Menyentuh mengenai prestasi dan kestabilan Windroye ini, melalui pengalaman kami menggunakannya, tiada sebarang isu atau masalah besar. Ianya amat smooth dan laju. Anda turut boleh mengakses Developer Option pada tablet ini dan menetapkan Window, Transition dan Animator scale mengikut kesesuaian masing-masing. Lebih rendah skala, lebih laju dan smooth. Satu perkara yang harus anda ingat, setiap komputer mempunyai spesifikasi berlainan dan ini akan turut memberi kesan kepada prestasi Windroye ini.

Secara asasnya, lebih tinggi spesifikasi komputer anda, Windroye tidak akan mengalami sebarang masalah seperti lag atau berat ketika digunakan. Namun itu bukan satu jaminan. Muat turun file pemasangan Windroye ini dari pautan link dibawah.

Muat Turun Windroye | Mirror

1 COMMENT

  1. Salam krew soleheen ..sy nk tanya kalau kita download movie guna aplikasi android windroye di window pc…mcm mana kita nk cr fail yg kita download tu utk save terus ke pc…mhon bantuan.tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here