Tablet Pixel C – Google Bersedia Bersaing Dengan Apple iPad Pro, Microsoft Surface

0
2,702 views
views

Pixel C, nama yang ringkas dan agak menarik bagi kami. Ini merupakan sebuah tablet berkuasa tinggi yang diperkenalkan oleh Google bersama dengan beberapa peranti lain seperti Huawei Nexus 6P dan juga LG Nexus 5X. Pixel C juga boleh dikatakan sebagai jawapan Google kepada pesaing utama mereka iaitu Apple yang hadir dengan iPad Pro dan juga Microsoft yang terkenal dengan tablet mereka, Microsoft Surface.

Dilengkapi dengan spesifikas canggih, Pixel C merupakan tablet bersaiz 10.2 inci yang tidak boleh dipandang ringan. Google menghasilkan tablet ini tanpa melalui “orang tengah” dan ia dihasilkan sendiri oleh pihak Google sepenuhnya. Antara spesifikasi Pixel C, skrin 10.2 inci (2560 x 1800 resolution, 500 nits Brightness), sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, cip pemprosesan¬†Nvidia Tegra X1,¬†Maxwell desktop-class GPU, ram sebesar 3GB dan ruangan storan sebesar 32GB/64GB. Ia juga hadir dengan sambungan USB Type-C padanya.

Pixel C yang dikatakan oleh Google, “C” mewakili “Convertible” turut hadir dengan papan kekunci berasingan dimana ia bertindak seakan netbook bila disambungkan. Papan kekunci tersebut yang dijual berasingan dalam 2 pilihan kemasan samada Aluminum ataupun kemasan kulit mampu bertindak sebagai pengecas kepada Pixel C apabila ditutup.Tablet terbaru daripada Google ini juga hadir dengan fungsi yang sama terdapat pada Chromebook Pixel, iaitu “Light Bar” yang menunjukkan status bateri Pixel C apabila Double Tap dilakukan padanya. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan stereo speaker pada bahagian tepi.

Menyentuh mengenai soal harga dan jualan di pasaran, Pixel C dijual pada harga permulaan $499 ( RM2225) untuk variasi 32GB memori terbina, $599 (RM2671) bagi versi 64GB. Papan Kekunci Pixel C pula dijual berasingan pada harga $149 (RM664). Tarikh untuk ia mula dipasarkan buat masa masih belum dikongsikan oleh Google.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here