Samsung Galaxy Tab S2 – Tablet Flagship Terbaru Samsung Yang Patut Anda Miliki [ADV]

0
1,899 views
views

Samsung Galaxy Tab S2, sebuah tablet flagship terbaru daripada Samsung Malaysia yang direka untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat, membenarkan anda melakukan hampir apa sahaja yang diinginkan. Menyempurnakan tugasan kerja, berhibur menonton movie kegemaran, bermain permainan berdesfinisi tinggi dan sebut apa sahaja, mampu dilakukan dengan baik oleh tablet flagship Samsung ini.

Sponsored by Samsung | Artikel Ini Ditaja Oleh Samsung

Berkuasa, Prestasi Mengkagumkan Menggunakan tablet atau peranti yang kerap kali lag dan terasa berat adalah sesuatu yang amat tidak menyenangkan. Perkara ini tidak akan berlaku pada Samsung Galaxy Tab S2 memandangkan ianya dilengkapi dengan spesifikasi canggih, memberikan anda pengalaman terbaik ketika menggunakannya.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Samsung Galaxy Tab S2 dilengkapi cip pemprosesan empat teras Exynos 5433, dibantu dengan ram sebesar 3GB, memori dalaman sebesar 32/64GB + sokongan sdcard sebesar 128GB, kamera utama pada tablet ini ialah sebesar 8 megapiksel termasuk 2.1 megapiksel pada bahagian hadapan.Sistem operasi yang digunakan adalah Android 5.0 Lollipop yang dioptimasikan untuk memberikan pengalaman terbaik pada tablet Android. Samsung Galaxy Tab S2 ini dikuasakan oleh bateri sebesar 5870mAh, cukup besar untuk memastikan penggunaan sepanjang hari.Jika anda memerlukan sambungan LTE pada tablet, Galaxy Tab S2 hadir dalam 2 variasi iaitu versi WiFi dan juga LTE yang menyokong LTE CAT6.

Rekaan Nipis Penuh Bergaya… Dan Amat Ringan

Hadir dengan rekaan paparan skrin pada ratio 4:3, Samsung Galaxy Tab S2 dioptimasikan sepenuhnya untuk keselesaan dan pengalaman yang lebih baik ketika melakukan kerja, melayari laman web dan membaca e-book atau PDF kegemaran anda. Skrin dengan saiz 8 inci ini turut dilengkapi dengan mode membaca (reading mode) sekaligus membenarkan pengguna memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembacaan tanpa sebarang gangguan.Samsung menghasilkan Galaxy Tab S2 ini dengan rekabetuk yang nipis memudahkan pengguna untuk memegangnya. Perkara paling utama ialah saiznya yang amat ringan. Anda tidak akan merasa terbeban ketika memegangnya dalam apa jua posisi.

sAMOLED: Kunci Kepada Rahsia Paparan Terbaik

Tiada apa yang lebih memuaskan hati daripada memandang sebuah skrin dengan paparan yang amat terbaik. Samsung Galaxy Tab S2 dilengkapi dengan paparan skrin lengkap dengan teknologi Samoled, ini menjadikannya antara tablet dengan kualiti paparan skrin terbaik buat masa ini.Samsung sebelum ini turut mempunyai reputasi yang membanggakan dalam menghasilkan skrin dengan teknologi paparan yang masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana peranti.

Kerja dan Berhibur : Kini Ianya Tidak Mustahil

Pengguna pernah beranggapan tablet tidak mungkin dapat membantukan mereka dalam meningkatkan prestasi kerja harian dan lebih banyak digunakan sebagai hiburan di masa lapang.Kini dengan Samsung Galaxy Tab S2, melakukan kerja dalam masa yang sama berhibur bukanlah sesuatu yang mustahil atau sukar untuk dilakukan lagi. Tablet Samsung ini dioptimasikan bagi memudahkan perisian Microsoft Office mudah untuk diakses padanya.

Perlu menaip pada tablet anda? Anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan aksesori papan kekunci Bluetooth dari Samsung. Ianya merupakan sebuah cover yang berfungsi untuk melindungi tablet tersebut namun apabila anda ingin menaip, cover tersebut hanya perlu dibuka dan anda akan mendapat sebuah papan kekunci yang boleh ditetapkan untuk digunakan pada 60 darjah, 30 ataupun 10 darjah mengikut keselesaan anda.

Jika anda inginkan pendapat kami mengenai tablet apa terbaik buat masa ini, tidak perlu pandang pada yang lain, Samsung Galaxy Tab S2 adalah jawapannya. Lebih banyak maklumat lanjut boleh didapati dengan melawat laman web rasmi Samsung Malaysia di pautan http://po.st/SamsungTabMY.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here