OnePlus Two Set Antarabangsa Kini Ditawarkan Di Malaysia Oleh TechBug.My

0
1,666 views
views

OnePlus Two diperkenalkan oleh OnePlus pada tahun ini menggantikan peranti terbaik generasi pertama mereka, OnePlus One. Masih menggunakan sistem jemputan, ianya agak sukar untuk didapatkan. Bagi memenuhi keinginan anda untuk mendapatkan peranti terbaik milik OnePlus ini tanpa perlu kepada jemputan, TechBug kini menawarkan Oneplus Two set Antarabangsa untuk pengguna di Malaysia.

Unit yang dibawa masuk oleh Techbug merupakan versi untuk pasaran Global yang menggunakan sistem operasi OxygenOS dan bukannya HydrogenOS yang digunakan oleh OnePlus Two untuk pasaran China. Ditawarkan pada harga RM2199, anda akan mendapat sebuah peranti dengan spesifikasi terbaik masa kini, antaranya cip pemprosesan Snapdragon 810, ram sebesar 4GB, kamera utama 13 megapiksel, sistem operasi Android 5.1 Lollipop, sistem sekuriti pengimbas cap jari, skrin bersaiz 5.5 inci 1080p HD penuh, sistem pengecasan menggunakan USB Type-C dan juga bateri sebesar 3300mAh.

Kami telah pun mencuba OnePlus Two untuk pasaran China yang menggunakan sistem operasi HydrogenOS berasaskan Android 5.1.1 Lollipop, namun agak mengecewakan dimana ianya dipenuhi dengan aplikasi tidak penting ataupun Bloatware. Ini merupakan salah satu sebab utama mengapa anda harus memilih OnePlus Two dengan OxygenOS untuk pasaran Antarabangsa.

Techbug boleh dihubungi melalui halaman Facebook rasmi ataupun melalui email di alamat techbug.biz@gmail.com jika anda berminat untuk mendapatkan peranti terbaik daripada OnePlus ini. Selain OnePlus Two, turut dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada minggu ini ialah Motorola Moto X Pure Edition 2015 yang boleh ditempah pada harga bermula RM2380 bagi versi 16GB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here