LG Nexus 5X akhirnya diperkenalkan secara rasmi oleh Google hari ini selepas maklumat mengenainya tersebar secara meluas sejak beberapa bulan yang lepas. Dilengkapi spesifikasi terkini, ini merupakan peranti yang patut anda miliki selain daripada Nexus 6P daripada Huawei. Nexus 5X diperkenalkan dibawah jenama LG bagi meneruskan kejayaan Nexus 5 yang diperkenalkan pada tahun 2013 yang lalu. Peranti tersebut tidak dinafikan merupakan antara peranti terbaik pernah kami gunakan.
Menyentuh mengenai soal spesifikasi, LG Nexus 5X dilengkapi dengan
Paparan Skrin |
5.2-inch IPS LCD (1920×1080, 424ppi) |
OS | Android 6.0 Marshmallow |
Processor | 1.8Ghz Snapdragon 808 processor (MSM8992) |
Kamera | 12.3MP rear camera (f/2.0), IR Laser assisted Auto focus, 4K video capture (30fps), CRI-90 dual-flash; 5MP front camera (f/2.2) |
Bateri | 2700mAh |
RAM | 2GB |
Memori Terbina | 16GB or 32GB |
SIM | Nano |
Dimensions | 147 x 7.9 x 72.6 mm, 136g |
Model | LG-H791, LG-H790 |
Pilihan Warna | Quartz White, Ice Blue, and Charcoal Black |
Sambungan | Micro USB Type-C, 3.5mm audio jack |
Sensors | Fingerprint reader, Sensor Hub, Accelerometer, Gyroscope, Barometer, Proximity sensor, Ambient Light sensor, Hall sensor, Android Context Hub |
Harga | – |
Google menghasilkan siri Nexus bukan untuk menyaingi beberapa jenama terkenal lain, namun lebih kepada untuk menunjukkan sistem operasi terbaru mereka, apa yang mampu dilakukan dan hardware yang sepatutnya digunakan oleh peranti Android yang lain. Dalam siri terbaru Google Nexus ini, Google akan menunjukkan kebolehan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, pengimbas cap jari, sambungan USB Type-C dan beberapa ciri lain yang terdapat pada Android 6.0 ini.Kekuatan utama siri Nexus ialah ia merupakan peranti pertama yang akan dikemaskini kepada sistem operasi Google dan turut akan mendapat sokongan Beta sebelum Android OS baru diperkenalkan.
Menyentuh mengenai soal harga jualan, LG Nexus 5X mula dijual secara rasmi pada harga permulaan $379 untuk variasi memori dalaman 16GB dan $399 untuk 32GB. Anda boleh mula menempah LG Nexus 5X ini daripada TechBug.My pada harga tempahan bermula RM2299.