Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Dikeluarkan Minggu Hadapan – Tidak Semua Peranti Nexus Akan Dikemaskini

0
5,964 views
views

Android 6.0 Marshmallow diumumkan oleh Google beberapa bulan yang lalu dan kini versi stabil dilihat sedia untuk dikeluarkan kepada pengguna peranti Nexus seawal minggu hadapan.Namun, berita kurang baik untuk pengguna siri awal Nexus, tiada kemaskini rasmi Android 6.0 Marshmallow akan dikeluarkan untuk peranti anda.

Google memilih hanya untuk mengemaskini siri peranti Nexus terbaru di pasaran seperti Nexus 5, 6, 7 (2013), tablet Nexus 9 dan juga Nexus Player. Kemaskini versi stabil tersebut dijangka akan dikeluarkan secara OTA kepada pengguna Nexus seawal 5 Oktober 2015. Seperti biasa, ia akan mengambil sedikit masa memandangkan kemaskini dikeluarkan secara berperingkat. Akan tetapi, anda boleh memilih untuk melakukan proses mengemaskini secara manual dengan cara flash file OTA yang boleh dimuat turun ataupun flash image file peranti masng-masing.

Bagi peranti lama seperti Nexus 4 yang dikeluarkan oleh LG, tiada kemaskini OTA rasmi untuk telefon pintar tersebut. Apa yang boleh dilakukan ialah tunggu sokongan rasmi dari pengeluar rom terkenal, CyanogenMod untuk menghasilkan rom berasaskan Androd 6.0 Marshmallow untuk setiap peranti yang sesuai.

Android 6.0 Marshmallow diperkenalkan tanpa sebarang perubahan besar pada antaramuka dimana ia masih mengekalkan antaramuka yang sama seperti Android 5.0 Lollipop. Namun, sistem operasi terbaru milik Google ini dlihat memfokuskan kepada peningkatan prestasi OS itu sendiri dimana pelbagai fungsi khas dan ciri menarik diperkenalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here