Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop Untuk Sony Xperia M2, M2 Aqua Kini Rasmi

0
2,299 views
views

Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop untuk Sony Xperia M2 dan Xperia M2 Aqua kini dikeluarkan secara rasmi oleh Sony Mobile bermula minggu ini. Walaupun terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan ia tidak akan menerima Android Lollipop, peranti tersebut akhirnya dikemaskini daripada Android 4.4.4 KitKat terus ke Android 5.1.1 sekaligus meningkat prestasi telefon pintar tersebut dan melindunginya dari ancaman Stagefright.

Firmware Android 5.1.1 Lollipop dengan Build Number 18.6.A.0.175 tersebut seperti biasa dikeluarkan secara berperingkat kepada pengguna. Namun, jika anda tidak sabar menunggu kemaskini OTA untuk hadir ke peranti masing-masing, proses tersebut boleh dilakukan secara manual dengan cara flash file firmware ftf Android 5.1.1 Lollipop terus ke peranti. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan proses kemaskini manual tersebut.

Android 5.1.1 Lollipop merupakan satu perubahan besar berbanding Android 4.4.4 KitKat termasuk dari segi antaramuka, fungsi dan ciri-ciri khas yang ada padanya. Apa yang pasti, ianya jauh lebih menarik dan menjadikan peranti lebih baik terutama dalam aspek penggunaan bateri pada peranti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here