Huawei Nexus 6P Diperkenalkan Secara Rasmi – Flagship Terbaru Siri Google Nexus

Huawei Nexus 6P diperkenalkan secara rasmi oleh Google hari ini di acara mereka dilengkapi spesifikasi canggih dan sistem operasi Android terbaru, Android 6.0 Marshmallow. Selain Nexus 6P, turut diumumkan ialah Nexus 5X yang berada dibawah jenama LG. Nexus 5X walaubagaimanapun dilengkapi spesifikasi sedikit lebih rendah.

Sebelum ini, pelbagai maklumat mengenai Huawei Nexus 6P tersebar secara meluas termasuk harga jualan rasmi peranti tersebut di beberapa negara. Berikut merupakan antara spesifikasi yang digunakan pada Nexus 6P ini.

SPESIFIKASI NEXUS 6P

Paparan Skrin 5.7-inch WQHD AMOLED (2560×1440, 518ppi)
Sistem Operasi Android 6.0 Marshmallow
Processor Snapdragon 810 processor (MSM8994)
Kamera 12.3MP rear camera (1.55 μM, f/2.0)
8MP front camera
Bateri 3450mAh
RAM 3GB
Memori Terbina 32/64/128GB
SIM Nano
Dimensions 159.4 x 77.8 x 7.3mm, 178g
Ciri-Ciri Lain USB Type-C, Fast charging, Dual front speakers, All-metal body, Fingerprint sensor
Pilihan Warna Aluminium, Graphite, Frost, and Gold

Kamera pada Huawei Nexus 6P menggunakan “Sony Imaging Sensor”, dioptimasikan sepenuhnya untuk keadaan kurang cahaya, ciri-ciri “slow-motion”, rakaman 4K dan anda boleh mengharapkan hasil terbaik daripadanya. Peranti ini turut dilengkapi pembesar suara Stereo dibahagian hadapan selain mempunyai skrin dengan “Bezel” nipis dimana ruangan skrin meliputi 73% dari kesuluruhan bahagian hadapan Nexus 6P.Fungsi Nexus Imprint atau pengimbas cap jari pada peranti Nexus terbaru ini dikatakan mampu mengecam cap jari hanya dalam masa 600 miliseconds untuk membuka peranti tersebut.

Menyentuh mengenai soal harga, Nexus 6P masih dalam proses pengumuman dan kami akan mengemaskini artikel in sebaik sahaja harga nya diumumkan oleh Google. Anda juga boleh membuat tempahan Nexus 6P daripada TechBug.My.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here