Xiaomi Redmi Note 2 Prime – Lebih Berkuasa, Memori Lebih Besar

0
1,237 views
views

Xiaomi Redmi Note 2 dilancarkan hari ini dengan cip pemprosesan MediaTek Helios X10 berkelajuan 2Ghz dan juga memori dalaman sebesar 16GB tanpa sokongan sdcard. Bagi sesetengah pengguna yang inginkan ruangan storan yang lebih besar pada Redmi Note 2 mereka, anda mempunyai pilihan dimana Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi Redmi Note 2 Prime, sebuah peranti dengan spesifikasi sedikit lebih baik berbanding Redmi Note 2.

Xiaomi Redmi Note 2 Prime mempunyai spesifikasi yang tidak jauh berbeza berbanding Redmi Note 2 biasa, perbezaan paling ketara hanyalah pada saiz memori iaitu 32GB vs 16GB dan juga cip pemprosesan MediaTek Helios X10 yang lebih laju iaitu 2.2GHz. Spesifikasi lain masih tidak berubah, anda masih akan mendapat sebuah peranti dengan kamera utama 13 megapiksel, sistem operasi MIUI 7 berasaskan Android 5.1 Lollipop, 2GB DDR3 ram, skrin HD penuh 1080p IPS bersaiz 5.5 inci dan bateri sebesar 3060mAh.

Redmi Note 2 versi Prime ini akan dijual pada harga sedikit lebih tinggi iaitu 999 Yuan sekitar RM627+- dan hadir dalam pilihan warna yang sama iaitu Kelabu Gelap, Putih, Biru, Kuning dan Merah Jambu.Kedua-dua peranti akan mula dijual pada 16 Ogos akan datang.

Via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here