Xiaomi Redmi Note 2 Diperkenalkan – MIUI7, MediaTek Helio X10 Processor, Kamera 13MP, Bateri 3020mAh

Xiaomi Redmi Note 2 yang hangat diperkatakan sebelum ini telah pun diperkenalkan secara rasmi oleh Xiaomi hari ini. Dilengkapi spesifikasi pertengahan, peranti terbaru dari Xiaomi ini turut akan ditawarkan pada harga rendah mengikuti tradisi sebelum ini.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 2 dilengkapi skrin 5.5 inci HD penuh IPS Display, cip pemprosesan MediaTek Helio X10 Processor berkelajuan 2GHz, 2GB DDR3 ram, 16GB memori dalaman, kamera utama 13 megapiksel dan 5 megapiksel dihadapan, ,MIUI7 berasaskan Android 5.1 Lollipop dan bateri sebesar 3060mAh.

Peranti seberat 160g ini turut mempunyai sokongan Dual-Sim LTE, Bluetooth 4.0, badan yang diperbuat dari magnesium aloy dan hadir dalam beberapa pilihan warna iaitu Kelabu Gelap, Putih, Biru, Kuning dan Merah Jambu. Kamera utama pada Xiaomi Redmi Note 2 turut dilengkapi teknologi PDAF atau “Phase-Detection Auto-Focus” berkemampuan fokus kepada objek dalam masa 0.1 saat. Ini lebih pantas berbanding kemampuan fokus Asus Zenfone 2 Laser iaitu 0.3 saat.

Menyentuh mengenai soal harga dan tarikh jualan rasmi, Redmi note 2 akan mula dijual di China pada 16 Ogos ini pada harga sekitar 799 yuan atau RM500+-. Buat masa ini tiada maklumat rasmi samada ia akan ditawarkan di Malaysia atau tidak. Selain Xiaomi Redmi 2, sebuah lagi peranti turut diperkenalkan iaitu Redmi Note 2 Prime yang dilengkapi spesifikasi yang lebih baik namun tidak jauh berbeza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here