Sony Xperia Z5 / Z5 Compact Tidak Akan Guna Snapdragon 820, USB Type-C

0
1,212 views
views

Sony Xperia Z5 dan Xperia Z5 Compact ialah antara dua peranti yang disebut bakal hadir sebagai flagship terbaru Sony Mobile selepas Xperia Z4 / Xperia Z3+ diperkenalkan tidak lama dulu. Selepas pelbagai isu yang membelenggu Sony Xperia Z4 / Xperia Z3+, kehadiran Sony Xperia Z5 diharapkan dapat menebus kembali kekecewaan yang dirasai peminat peranti Sony.

Antara khabar angin yang bertiup sebelum ini menyatakan, peranti flagship terbaru daripada Sony ini bakal menggunakan spesifikasi yang tidak terdapat pada peranti lain, antaranya cip pemprosesan Snapdragon 820 yang berkuasa tinggi, 4GB DDR4 ram, kamera 20.7 megapiksel, pengimbas cap jari dan bateri sebesar 4500mAh bagi memastikan ia dapat bertahan sebagai peranti premium dengan ketahanan bateri terbaik seperti model sebelum ini.

Gambar yang dikatakan sebagai Xperia Z5/ Z5 Compact. Tiada USB Type-C.

Berita buruk yang kami ingin kongsikan, buat masa ini kelihatan seperti Sony Xperia Z5 mungkin hanya akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 v2.1 seperti OnePlus Two ataupun Snapdragon 808 seperti LG G4. Qualcomm minggu ini mengumumkan cip pemprosesan tercanggih mereka iaitu Snapdragon 820 hanya akan diperkenalkan pada tahun 2016 akan datang disamping mengatakan beberapa peranti akan turut muncul dilengkapi cip tersebut.

Sebuah lagi ciri-ciri yang boleh dikatakan perlu ada pada peranti flagship lewat tahun 2015 ini ialah sambungan USB Type-C. OnePlus Two yang telah mula dijual di Malaysia bermula minggu ini dilengkapi dengan USB Type-C dan tiada alasan untuk Sony tidak menggunakannya pada siri Xperia Z5. Namun beberapa gambar tersebar menunjukkan peranti terbaru daripada Sony tidak akan menggunakan USB Type-C.

Siri Xperia Z5 dijangka akan diperkenalkan pada bulan September hadapan dan sama-sama kita nantikan apa yang akan ditawarkan oleh Sony kepada pengguna untuk segmen lewat 2015 ini. Adakah mereka mampu bersaing dengan Samsung Galaxy Note 5, Galaxy S6 Edge Plus ataupun OnePlus Two sendiri?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here