Sony Xperia Z5 Ultra Bakal Dilengkapi Skrin 4K, Snapdragon 810?

0
1,546 views
views

Sony Xperia Z5 Ultra atau Xperia Z5 Plus mungkin jarang diperkatakan mengenainya. Tidak banyak maklumat mengenai phablet daripada Sony ini dikongsikan buat masa ini. Namun dalam satu perkembangan terbaru, beberapa maklumat mengenai Xperia Z5 Ultra atau Plus tersebar sekaligus memberikan gambaran kasar kepada pengguna dan apa yang boleh diharapkan daripada phablet Sony ini.

UAProf atau User Agent Profile untuk kesemua siri Xperia Z5 tersebar menunjukkan spesifikasi yang bakal digunakan oleh Xperia Z5 Ultra/Plus. Menurut apa yang terdapat pada UAProf tersebut, XZ5 Plus berkemungkinan akan menggunakan skrin dengan resolusi 4K (2160 x 3840), pertama seumpamanya. Data yang dikongsikan turut menunjukkan phablet akan datang dari Sony ini akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 v2.1.

Spesifikasi lain kekal menjadi misteri. Persoalan yang timbul, mampukah telefon pintar phablet Sony tersebut menampung resolusi skrin yang begitu tinggi tanpa spesifikasi canggih? Saiz bateri menjadi persoalan utama samada ia mampu bertahan atau tidak. Sony sebelum ini kekal menggunakan resolusi FHD 1080p pada Xperia Z3+ mereka bertujuan untuk mengekalkan ketahanan bateri.

Nmaun tidak semua peranti Sony menggunakan skrin dengan resolusi 1080p. Sony Xperia Z4 Tablet diperkenalkan dengan skrin 2K dan phablet Sony Xperia Z5 Plus dengan skrin 4K mungkin akan menjadi kenyataan. Sama-sama kita nantikan pengumumannya kelak.

via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here