Sony Xperia Z5 Plus Akan Terus Menggunakan Rekaan OmniBalance

0
1,338 views
views

Sony Xperia Z5 Plus kini hangat diperkatakan. Sebelum ini, maklumat daripada UAProf mengatakan peranti phablet akan datang dari Sony itu bakal menggunakan skrin dengan resolusi 4K. Data yang sama turut menunjukkan Sony Xperia Z5 Ultra / Plus akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 v2.1 versi yang sama terdapat pada OnePlus One.

Menyentuh mengenai soal rekaan Sony Xperia Z5 Ultra/Plus akan terus menggunakan konsep rekaan OmniBalance yang diperkenalkan oleh Sony untuk siri Xperia Z mereka beberapa tahun yang lalu. Beberapa keping gambar yang dikatakan sebagai gambar gambaran awal untuk tujuan promosi Xperia Z5 Ultra tersebar menunjukkan ia mempunyai rekaan yang sama seperti Sony Xperia Z3+dan ya, sudah tentu dengan saiz skrin yang lebih besar.

Gambar tersebut menunjukkan ia akan diperkenalkan dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Emas dan Chrome. Walaubagaimanapun, masih terlalu untuk mengesahkan samada ia gambar sebenar atau hanya rekaan semata-mata. Selain Sony Xperia Z5 Ultra/Plus, dua peranti lain dalam siri Xperia Z5 yang akan diperkenalkan ialah Sony Xperia Z5 dan juga versi lebih kecil iaitu Xperia Z5 Compact.

VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here