Samsung Galaxy Note 5 Dilancarkan Dengan Bateri Terbina, Tanpa Sdcard

0
1,019 views
views

Samsung Galaxy Note 5 akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini oleh Samsung Mobile. Generasi terbaru dalam siri Samsung Galaxy Note tersebut dilengkapi spesifikasi premium dan seperti yang anda jangkakan, ia hadir dengan Pen Stylus seperti kebiasaan. Menyentuh mengenai rekaan, Samsung Galaxy Note 5 kini hadir dengan rekaan baru menyamai flagship Samsung untuk tahun 2015, Samsung Galaxy S6.

Disebalik spesifikasi canggih yang digunakan pada peranti tersebut, beberapa perubahan besar dibuat yang mungkin akan mengecewakan ramai pengguna. Samsung mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong fungsi sdcard pada Galaxy Note 5 dan tidak cukup dengan itu, peranti Samsung yang sebelum ini terkenal dengan bateri yang boleh dicabut kini menggunakan bateri terbina atau built in battery pada siri Note baru mereka.

Menyentuh mengenai spesifikasi lain, Samsung Galaxy Note 5 dilengkapi skrin bersaiz 5.7 inci, cip pemprosesan Exynos 7420 (64 Bit, 14nm), ram 4GB DDR4 ,kamera utama 16 megapiksel danĀ  5 megapiksel dihadapan, Android 5.1 Lollipop, Bluetooth 4.2, memori dalaman 32/64GB tanpa sokongan sdcard dan bateri terbina sebesar 3000mAh.

Peranti Note terbaru ini hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Black Sapphire dan White Crystal. Seperti kebanyakkan peranti flagship yang lain, Note 5 turut dilengkapi teknologi pengecasan pantas dan pengecasan pantas tanpa wayar yang mampu mengecas peranti dari 0% – 100% dalam masa hanya 2 jam. Buat masa ini, Samsung mengumumkan peranti terbaru mereka boleh di tempah awal mulai 21 Ogos oleh pengguna di US dan untuk kawasan lain akan diumumkan kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here