Review Aksesori Sticker DBrand – Peranti Anda kini Lebih Premium!

0
1,779 views
views

Kami di soleheen.com bukan peminat aksesori untuk telefon pintar kecuali…sticker. Sebelum ini saya menggunakan sticker SlickWraps untuk Nexus 5 dan amat-amat berpuas hati dengan kualiti sticker tersebut. Kali ini, saya memilih untuk menggunakan aksesori sticker keluaran DBrand yang lebih terkenal dikalangan pengguna Android termasuk pengguna di Malaysia sendiri.

DBrand mempunyai strategi pemasaran yang bagi saya amat-amat hebat dan menarik. Selain aktif berinteraksi di media sosial, pihak DBrand juga giat mempromosi sticker mereka melalui Youtuber terkenal seperti MKBHD, UnboxTherapy dan beberapa yang lain dengan cara memberi set review. Melalui moto “The Most precise Fit on Earth”, DBrand mengatakan sticker mereka adalah yang paling tepat mengikut ukuran setiap model peranti.Selepas menggunakan sticker SlickWraps, bagi saya DBrand hanyalah satu gimik pemasaran dan tidak ada yang istimewa mengenainya.

“THE MOST PRECISE FIT ON EARTH” BUKAN SATU GIMIK MURAHAN DBRAND”

Peranti kedua saya selepas LG Nexus 5 ialah Motorol Moto G edisi pertama dan warna hitam peranti tersebut agak membosankan selepas menggunakannya beberapa ketika. Saya memutuskan untuk memasang sticker pada Moto G dan membuka laman web SlickWraps untuk membeli sticker yang sesuai, namun agak mengecewakan dimana Moto G 2013 tidak tersenarai. Jadi, saya mengambil keputusan untuk memilih DBrand pada kali ini.

Saya memilih sticker bercorakkan Mahogany Wood yang berwarna coklat kehitaman. Prosedur pembelian mudah seperti biasa, namun proses penghantaran agak mengecewakan dimana pesanan pertama saya tidak berjaya sampai dan dipercayai hilang ketika dalam proses penghantaran. Setelah menunggu agak lama, email dihantar pada pihak DBrand dan mereka tanpa banyak soal, terus menghantar set lain tanpa sebarang kos atau dalam bahasa mudahnya, percuma.

Penghantaran mengambil masa selama 3-6 minggu dan untuk pesanan saya, ia mengambil masa sekitar 2 minggu lebih untuk sampai ke alamat yang diberikan. Tempahan pembeli dihantar dalam sampul surat putih biasa manakala sticker tersebut dimasukkan kedalam sampul plastik keras bertujuan untuk melindunginya. Kandungan pakej yang diberikan kepada pembeli ialah Sticker, 2 pelindung skrin biasa jenis Matte dan kertas keras dengan logo DBrand.

Kualiti dan Tahap Kesukaran Proses Pemasangan

Proses pemasangan mungkin berbeza bagi setiap orang. Oleh kerana terlalu berhati-hati dan inginkan hasil yang memuaskan, saya mengambil masa yang agak lama untuk melekatkan sticker tersebut pada Moto G. Pelindung skrin yang lama dibuang dan digantikan dengan yang dibekalkan oleh DBrand kemudian barulah sticker untuk bahagian hadapan dipasang.

Menyentuh mengenai soal kualiti sticker oleh DBrand ini. ianya sangat berkualiti tinggi dan apa yang saya boleh katakan, ia jauh lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh SlickWraps yang digunakan pada Nexus 5 saya. Sticker DBrand lebih tebal dan pelekat gam yang digunakan jauh lebih kuat serta tahan. Apa yang membuatkan proses pemasangan menjadi sukar ialah, jika anda tersilap pasang atau tidak tepat, sticker tersebut agak sukar untuk dicabut kembali disebabkan gam yang amat kuat melekat.

Bagi saya, itu merupakan satu perkara positif kerana gam yang kuat serta berkualiti akan memastikan sticker tersebut bertahan lebih lama dan tidak mudah tercabut. Sticker yang tebal juga akan memberikan rasa yang lebih premium ketika dipegang.

Skor Keseluruhan

KELEBIHAN UTAMA
+ Kualiti yang tidak perlu dipersoalkan
+ Sticker tebal dan rasa premium
+ Gam pelekat yang kuat
+ Customer Support terbaik
KEKURANGAN UTAMA
+ Tiada kain pengelap disertakan
+ Pakej bungkusan tidak menarik

Menyentuh mengenai kekurangan, dari segi kualiti memang tiada sebarang kekurangan untuk diperkatakan. Namun dari segi bungkusan pakej ianya mungkin boleh ditambahbaik lagi. Berbeza dengan SlickWraps yang memberikan pelindung skrin yang lebih berkualiti (HD), sticker logo mereka dan kain pengelap untuk pengguna bagi membunag segala habuk sebelum proses pemasangan dilakukan. DBrand pula hanya memberikan sticker yang dipesan dan 2 pelindung skrin jenis biasa, itu sahaja.

Jadi, adakah berbaloi untuk anda memesan aksesori sticker ini dari luar negara dan menunggu sehingga 3-6 minggu untuk proses penghantaran sampai ke pintu rumah anda? Jawapan kami, ya, amat berbaloi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here