Papan Kekunci Fizikal Untuk Galaxy Note 5, Galaxy S6 Edge Plus Diperkenalkan

0
1,151 views
views

Samsung Galaxy Note 5 diperkenalkan secara rasmi hari ini oleh Samsung dilengkapi spesifikasi premium dan tidak ketinggalan juga Samsung Galaxy S6 Edge Plus turut dilancarkan oleh mereka. Selain dua peranti itu, beberapa produk lain turut diperkenalkan, antaranya ialah papan kekunci fizikal yang merupakan aksesori tambahan untuk kedua-dua phablet terbaru milik Samsung tersebut.

Aksesori dengan rekaan yang tidak sedap mata kami memandang berfungsi secara automatik tanpa memerlukan sebarang sambungan usb ataupun Bluetooth. Berbentuk seperti cover phone, ianya dipasang pada bahagian atas skrin dimana separuh daripada skrin peranti akan dilindungi oleh papan kekunci tersebut. Lebih mengujaka, tiada bateri diperlukan untuk memastikan ia berfungsi.

Menariknya dimana jika pengguna tidak ingin menggunakan papan kekunci tersebut, ianya boleh dipusing kebelakang untuk disimpan. Ketika papan kekunci fizikal ini dipasang, secara automatik telefon pintar tersebut akan bertukar paparan, menggantikan papan kekunci maya dengan aksesori yang dipasang. Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai tarikh jualan dan harga rasmi untuk papan kekunci fizikal ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here