Oppo R7 Di Malaysia Mula Ditawarkan di Oppo Concept Store Bermula Hari Ini

0
719 views
views

Oppo R7 Di Malaysia sebelum ini masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan bagi yang berminat, berita baik buat anda dimana peranti terbaru dari OPPO tersebut kini mula dijual secara rasmi kepada pengguna melalui kedai rasmi Oppo iaitu Oppo Cocept Store Malaysia.

Oppo R7 diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia pada awal Julai yang lalu dan Oppo turut mengumumkan harga bagi peranti mereka iaitu RM1598. Walaubagaimanapun, peranti dalam kelas pertengahan milik Oppo ini hanya mula dijual dalam kuantiti terhad bermula hari ini melalui kedai rasmi mereka.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, ia dilengkapi dengan skrinHD penuh 1080p bersaiz 5 inci, cip pemprosesan Snadragon 615 64-Bit, 3GB ram, 16GB memori dalaman + sokongan sdcard 128GB, kamera utama 13 megapiksel dan 8 megapiksel dihadapan, ColorOS 2.1 berasaskan Android 4.4.2 KitKat dan bateri sebesar 2320mAh.

Selain Oppo R7 sebuah lagi telefon pintar iaitu Oppo R7 Plus turut diperkenalkan dengan cip pemrosesan yang sama namun beberapa aspek lain seperti bateri dan memori dalaman ditambahbaik. Oppo R7 Plus boleh didapatkan pada harga RM1998 namun buat masa ini masih belum ditawarkan di Oppo Concept Store Malaysia.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here