OnePlus Two Mudah Untuk Dibaiki – iFixit

0
1,160 views
views

OnePlus Two, merupakan antara peranti yang sedang menjadi kegilaan peminat telefon pintar Android. Di Malaysia, OnePlus Two telah pun mula dijual pada harga sekitar RM1899 bagi versi 64GB dan 4GB ram bermula minggu ini. Dilengkapi dengan spesifikasi canggih dan premium, iFixit mengklasifikasikan OnePlus Two sebagai mudah dibaiki jika mempunyai masalah dan diberi rating 7/10.

iFixit, merupakan pakar dalam menganalisis tahap kesukaran membaiki sesuatu peranti dan menurut mereka, OnePlus Two ini lebih mudah untuk dibaiki berbanding OnePlus One sebelum ini.Apabila penutup bahagian belakang dibuka, pengguna hanya perlu membuka kira-kira 18 skru dan hampir segala komponen modular akan dapat dilihat dan proses penggantian komponen tersebut agak mudah.Walaubagaimanapun, antara ciri yang masih dikekalkan ialah LCD dan Digitizer peranti tersebut masih dilekatkan bersama sekaligus memerlukan kos yang tinggi jika pengguna secara tidak sengaja memecahkan skrin OnePlus Two masing-masing.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi OnePlus Two, ini merupakan antara peranti terbaik tahun 2015 dimana ia mengggunakan skrin HD penuh 1080p bersaiz 5.5 inci, cip pemprosesan Snapdragon 810 v2.1 yang ditambahbaik, 4GB DDR4 Ram untuk versi 64GB dan 3GB ram bagi versi 16GB, kamera utama 13 megapiksel + 5 megapiksel dibahagian hadapan, memori dalaman 16/64GB, Android 5.1 Lollipop dan bateri Li-Po sebesar 3300 mAh.

via | iFixit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here