OnePlus One Terima Kemaskini OxygenOS 1.0.2 – Penyelesaian Masalah Stagefright

0
1,200 views
views

Jika anda pengguna peranti Oneplus One yang menggunakan sistem operasi OxygenOS milik OnePlus, kemaskini baru untuk sistem operasi OPO anda telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Oneplus bagi menyelesaikan masalah bug yang dikenali sebagai Stagefright.

Kemaskini kali ini boleh dikatakan amat penting dan tidak seharusnya ditangguhkan memandangkan Stagefright bukan merupakan satu masalah ringan untuk pengguna peranti Android. Hanya dengan menghantar MMS, hacker mampu mencuri pelbagai data tanpa disedari. Kemaskini OxygenOS 1.0.2 ini mengandungi penyelesaian kepada masalah Stagefright tersebut dan anda boleh memuat turun file kemaskini dan flash secara manual melalui recovery.

Rujuk halaman forum OnePlus untuk memuat turun file kemaskini tersebut. OnePlus mengatakan anda tidak perlu melakukan hard reset ataupun wipe data peranti masing-masing jika anda merupakan pengguna OxygenOS sebelum ini dimana file kemaskini tersebut boleh diflash melalui recovery tanpa sebarang masalah.

Muat Turun OxygenOS 1.0.2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here