Lenovo Vibe Shot Bakal Dilancar Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Lenovo Vibe Shot, sebuah telefon pintar dengan rekaan unik seakan sebuah kamera kompak kini bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini. Peranti tersebut dilengkapi dengan kamera utama 16 megapiksel menyasarkan pengguna yang mementingkan kualiti kamera pada telefon pintar.Laman sosial Lenovo Mobile Malaysia mula berkongsi teaser awal menandakan pelancaran akan dibuat dalam masa terdekat.

Telefon pintar unik ini menggunakan cip pemprosesan Snadragon 615 dan ram sebesar 3GB digunakan bagi memastikan segalanya pantas dan lancar. Selain itu, ia turut mempunyai ruangan storan sebesar 16GB dengan sokongan sdcard 128GB, skrin 5 inci 1080p Full HD, Android 5.0 Lollipop dan bateri sebesar 2900mAh. Memfokuskan kepada keupayaan kamera, Vibe Shot mempunyai kamera utama dengan resolusi 16 megapiksel dan 8 megapiksel di hadapan.

Kamera pada Vibe Shot ini dilengkapi dengan teknologi Optical Image Stabilization (OIS) dan juga infrared. Beberapa mod rakaman khas turut terbina. Ini menjadikan pengalaman mengambil gambar menggunakannya antara yang terbaik dalam pasaran.

Buat masa ini, maklumat mengenai harga rasmi peranti ini masih tidak dikongsikan namun ia dijangka akan dijual pada harga sekitar RM1300.Sama-sama kita nantikan apabila ia dilancarkan kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here