HTC O2 Dilengkapi Snapdragon 820 SoC Bakal Hadir Menggantikan The One?

0
1,246 views
views

HTC O2 dengan cip pemprosesan Snapdragon 820 mungkin bakal diperkenalkan tidak lama lagi bagi menyaingi beberapa model berspesifikasi tinggi seperti Sony Xperia Z5, OnePlus Two dan Samsung Galaxy Note 5. Lebih menarik, HTC dikatakan tidak akan meneruskan tradisi sebelum ini dengan tidak menamakan peranti terbaru mereka sebagai HTC One M10. HTC O2 akan mengantikan peranti yang sepatutnya dipanggil HTC One M10.

HTC One M9 mencatatkan jualan kurang memberangsangkan sebelum ini

Bakal diperkenalkan pada awal tahun hadapan, HTC juga mungkin akan menggunakan rekaan baru untuk HTC O2 mereka berbeza dengan model dalam siri One sebelum ini.Cip pemprosesan Snapdragon 820 merupakan processor tercanggih milik Qualcomm yang diperkenalkan dengan prestasi jauh lebih baik berbanding Snapdragon 810, bateri yang lebih tahan lama dan tiada lagi isu peranti menjadi panas bila digunakan.

Tidak banyak yang diperkatakan mengenai spesifikasi lain, akan tetapi anda boleh menjangkakan Android 6.0 Marshmallow bakal digunakan pada HTC O2 memandangkan sistem operasi terbaru daripada Google itu telah pun diperkenalkan baru-baru ini. Walaubagaimanapun, masih awal untuk mengesahkan maklumat awal mengenai HTC O2 ini dan sama-sama kita nantikan dalam masa beberapa bulan ini.

sumber PhoneArena | via XiaomiToday

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here