Harga Sony Xperia M5 Di Malaysia – Peranti Dengan Kamera 21.5MP Kini Ditawarkan Secara Rasmi

1
4,483 views
views

Harga Sony Xperia M5 di Malaysia kini terjawab selepas Sony Mobile Malaysia mengumumkan harga peranti terbaru daripada mereka dan mula membuka tawaran pra-tempahan bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkannya. Sony Xperia M5 yang dibawa masuk secara rasmi oleh Sony Malaysia itu merupakan versi dual-sim dan mula dijual pada harga RM1599.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Sony Xperia M5 Dual ini dilengkapi dengan skrin HD penuh 1080p bersaiz 5 inci, cip pemprosesan 8 teras MediaTek MT6795 berkelajuan 2.0GHz, ram sebesar 3GB, Android 5.0 Lollipop, memori dalaman 16GB + sdcard 200GB, kamera utama 21.5 megapiksel, 13 megapiksel dibahagian hadapan dan bateri sebesar 2600mAh.

Seperti kebanyakkan peranti Sony Xperia yang lain, Sony Xperia M5 Dual ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air yang mampu bertahan pada kedalaman 1.5 meter selama 30 minit. Anda boleh mendapatkan peranti ini dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, putih dan juga emas. Di Malaysia, Sony Xperia M5 ini ditawarkan melalui 11Street.my, sebuah portal membeli belah atas talian dimana penghantaran akan dibuat selepas 31 Ogos 2015 ini.

Bagi kami, pada harga RM1599, ianya amat berbaloi untuk dimiliki terutama jika anda merupakan seorang pengguna yang mementingkan kamera pada sesebuah peranti pintar. Cip pemprosesan Helio X10 ditambah dengan ram sebesar 3GB dilihat mampu memberikan prestasi terbaik pada Sony Xperia M5 Dual ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here