Harga OnePlus Two Di Malaysia – Peranti Terbaik 2015 Kini Ditawarkan Di Malaysia

0
1,387 views
views

Harga OnePlus Two Di Malaysia menjadi tanda tanya buat peminat Oneplus Two di Malaysia dan berita baik yang ingin kami kongsikan bersama anda, OnePlus Two kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1899 bagi versi 64GB. Telefon pintar terbaik untuk tahun 2015 ini ditawarkan oleh satugadget sebuah kedai yang bertempat di Kuala Lumpur.

*UPDATE

Kami baru sahaja membuat panggilan kepada pihak Satugadget di talian 017-3888388 untuk bertanyakan mengenai status OnePlus Two ini. Ini jawapan yang diberikan oleh gadis penyambut panggilan tersebut :

– Harga RM1899 yang dipaparkan adalah untuk versi 64GB+ 4GB ram.
– Buat masa ini hanya pre-order sahaja dan bukannya ready stock walaupun ditulis “New Arrival”.
– Pre-Order akan mengambil masa sekitar 3,4 hari atau minggu hadapan untuk sampai kepada pembeli.

Harga OnePlus Tw0 yang ditawarkan ini bagi kami agak berpatutan. Oneplus mengatakan bahawa peranti mereka mula dijual pada harga permulaan $329 iaitu sekitar RM1300 untuk versi 16GB dan $389 (RM1550) untuk versi 64GB.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi OnePlus Two, ini merupakan antara peranti terbaik tahun 2015 dimana ia mengggunakan skrin HD penuh 1080p bersaiz 5.5 inci, cip pemprosesan Snapdragon 810 v2.1 yang ditambahbaik, 4GB DDR4 Ram untuk versi 64GB dan 3GB ram bagi versi 16GB, kamera utama 13 megapiksel + 5 megapiksel dibahagian hadapan, memori dalaman 16/64GB, Android 5.1 Lollipop dan bateri Li-Po sebesar 3300 mAh.

Antara perkara menarik yang ada pada Oneplus Two ini ialah ianya menggunakan sambungan USB Type C dan juga pengimbas cap jari terbina yang terletak dibahagian hadapan selain hadir dengan pelbagai aksesori terutama bahagian cover belakang yang pelbagai. Seperti biasa, tiada sdcard slot pada peranti ini dan jika anda menginginkan ciri-ciri tersebut, mungkin boleh mepertimbangkan untuk mendapatkan LG G4 yang telah mula dijual di Malaysia.

Namun sebelum anda melakukan pembelian, buat masa ini pihak Satugadget tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai OnePlus Two yang ditawarkan samada versi 16GB ataupun 64GB (ini penting memandangkan saiz ram adalah berlainan mengikut memori dalaman peranti) dan juga pilihan warna yang boleh dibeli. Mungkin anda harus tunggu terlebih dahulu sedikit masa lagi untuk pencerahan dari mereka.

*UPDATE

Anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga rm1899 untuk versi 64GB daripada Satugadget.com

via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here