Harga Asus Zenfone 2 Deluxe Di Malaysia- Pengguna Malaysia Ditawarkan Versi 128GB Dengan 4GB Ram

0
2,281 views
views

Harga Asus Zenfone 2 Deluxe di Malaysia akhirnya diketahui secara rasmi dimana beberapa penjual tempatan telah pun membuka tawaran pra tempahan untuk peranti terbaru milik Asus tersebut. Asus Zenfone 2 Deluxe boleh dikatakan merupakan satu fenomena bagi peminat telefon pintar Android, dimana ia diperkenalkan dengan rekaan Polygonal unik dan dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya. Berita baik buat anda yang sedang menunggu ketibaan peranti ini di Malaysia, pra-tempahan telefon pintar rekaan unik ini telah mula dibuka pada harga permulaan RM1599.

Antara spesifikasi  Asus Zenfone 2 Deluxe ini ialah ia dilengkapi skrin HD penuh 1080p bersaiz 5.5 inci, Android 5.0 Lollipop dengan Asus ZenUI, cip pemprosesan Intel Atom Z3580 Quad-core 2.3 GHz, 4GB ram, memori terbina 64/128GB + sokongan sdcard 128GB, kamera utama 13 megapiksel + 5 megapiksel dihadapan, dual-sim dan bateri bersaiz 3,000mAh yang dilengkapi teknologi BoostMaster Fast Charging. Asus BoostMaster Fast Charging mampu mengecas sehingga 60% dalam masa 39 minit.

Untuk pembeli Malaysia, Asus Zenfone 2 Deluxe yang ditawarkan adalah model dengan memori dalaman sebesar 128GB dan cip pemprosesan Intel Atom Z3580 Quad-core berkelajuan 2.3 GHz. Apa yang menariknya ialah, ini merupakan set dengan warranti setahun daripada Asus Malaysia dan bukan AP set dengan warranti dari pekedai. Anda boleh mendapatkan Asus Zenfone 2 Deluxe ini dalam dua pilihan warna samada Puith ataupun Ungu berserta aksesori percuma berupa Bumper original untuk peranti tersebut.

Ini merupakan satu tawaran menarik bagi kami, namun kami masih setia menunggu Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition yang dilengkapi dengan memori terbina sebesar 256GB berserta sokongan sdcard sebesar 128GB untuk ditawarkan di Malaysia.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here