Gambar Promosi Sony Xperia Z5 Compact Tersebar – Ini Peranti Yang Anda Nantikan

0
1,409 views
views

Sony Xperia Z5 Compact merupakan model mini kepada Sony Xperia Z5 yang djangka akan diperkenalkan pada 2 September ini di acara IFA. Dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak kurang hebat, beberapa maklumat mengenai peranti tersebut telah pun tersebar sebelum sekaligus memberi gambaran awal kepada pengguna tentangnya.

Dalam satu perkembangan lain, sekeping gambar yang dikatakan sebagai gambar bagi tujuan promosi Sony Xperia Z5 Compact tersebar, sekaligus mengesahkan beberapa maklumat awal mengenai rekabentuk peranti tersebut. Jika dilihat dari segi rupabentuk dalam gambar promosi tersebut, ianya bersesuaian dengan apa yang dilihat dalam gambar yang disebarkan sebelum ini.

Selain Sony Xperia Z5 Compact, 2 lagi model yang dijangka bakal diperkenalkan ialah Sony Xperia Z5 dan juga phablet Sony Xperia Z5 Plus/Ultra. Sony juga dilihat akan terus menggunakan rekaan OmniBalance seperti model sebelum ini untuk peranti terbaru mereka. Apa-apapun, sama-sama kita nantikan apa yang ingin diumumkan oleh Sony Mobile pada 2 Sepetember akan datang.

Jangan lupa ikuti team soleheen di Twitter, YouTube, Instagram dan juga Facebook Page. Kita sembang disana!

sumber Techtastic | via XperiaBlog

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here