Gambar Blackberry Passport Dilengkapi Android Tersebar – Blackberry Selangkah Dihadapan?

Berita mengenai telefon pintar Blackberry menggunakan sistem operasi Android telah pun hangat diperkatakan sebelum ini. Blackberry Venice antara model yang dijangkan akan diperkenalkan oleh Blackberry dilengkapi sistem operasi Android.

Dalam satu perkembangan terbaru, gambar model terbaru Blackberry Passport iaitu Blackberry Passport Silver Edition menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop tersebar sekaligus menguatkan khabar angin yang sedang bertiup.

Blackberry Passport Silver Edition dilancarkan pada minggu ini dengan Blackberry OS 10.3.2 dilengkapi spesifikasi tinggi antaranya skrin 4.5 inci dengan resolusi 1440 x 1440-pixel, cip pemprosesan Snapdragon 801, 3GB ram, kamera utama 13 megapiksel, memori terbina 32GB dan juga bateri sebesar 3450mAh.

Gabungan papan kekunci Blackberry dan sistem operasi Android bagi kami amat dialu-alukan ditambah dengan spesifikasi canggih telefon pintar tersebut, ianya pasti tidak akan mengecewakan.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here