Camera360 Perkenal Aplikasi Selfie Bestie – Menjadikan Selfie Anda Lebih Cantik Berbanding Realiti

1
747 views
views

Selfie yang kini menjadi kegilaan hampir semua pengguna peranti pintar (tidak termasuk kami) membuatkan pihak Camera360 menghasilkan sebuah aplikasi khas untuk peminat aktiviti tersebut. Aplikasi yang diberi nama sebagai Bestie ini menyasarkan pengguna yang gemar berselfie dan secara asasnya ianya merupakan sebuah aplikasi kamera dan penyuntingan asas gambar seperti kebanyakkan aplikasi lain.

Cuba untuk menjadi lain daripada yang lain, Bestie diperkenalkan dengan beberapa fungsi serta ciri-ciri khas yang mampu membuatkan peminat selfie tertarik untuk menggunakannya. 26 filters terbina dan setiap satunya dinamakan sempena nama perempuan yang mewakili mood dan personaliti berlainan.

Jika anda merasakan kulit anda tidak begitu menarik untuk berselfie, Bestie cuba membantu dengan fungsi Smart Skin Smoothing terbina untuk menjadikan ia lebih tampak cantik berbanding realiti. Ciri-ciri Auto-Mode padanya pula mempunyai fungsi Noise Cancellation menjadikan kualiti gambar yang terhasil lebih baik walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Anda boleh memuat turun aplikasi Bestie ini secara percuma melalui Play Store.

via

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here