Asus Zenfone 2 Laser – Peranti Tanpa Laser Yang Anda Sangkakan, Fokus Pada Keupayaan Kamera

0
628 views
views

Asus Zenfone 2 Laser diperkenalkan oleh Asus secara rasmi minggu ini, tidak seperti yang anda sangkakan, ianya tidak dilengkapi dengan laser sebenar sebaliknya memfokuskan kepada keupayaan kamera. Asus Zenfone 2 Laser ini secara asasnya merupakan model Zenfone 2 ZE500CL namun dengan spesifikasi yang ditambahbaik, prestasi kamera yang dipertingkatkan.

Dilengkapi dengan spesifikasi berbeza dengan model sebelum ini, Zenfone 2 Laser menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410, 2GB ram, skrin 5 inci 720p, memori terbina 8GB/16GB, kamera utama dengan resolusi 13 megapiksel, 5 megapiksel di bahagian hadapan, Android 5.0 Lollipop dan bateri sebesar 2,400mAh atau 2040mAh.

Apa yang dikatakan sebagai Laser pada Zenfone 2 ini ialah sistem laser autofocus yang digunapakai mampu fokus pada subjek dalam masa 0.3 saat walaupun ketika anda mengambil gambar macro.Kamera utama peranti ini dilengkapi dengan 5 lensa dan f/2.0 aperture manakala kamera hadapannya lensa wide-angle 85°  dengan f/2.0 aperture. Super Resolution mode pada Zenfone 2 Laser ini pula mampu menghasilkan gambar yang seakan diambil menggunakan kamera 52 megapiksel.Selain Super Resolution mode, terdapat juga Super HDR mode yang membantu menghasilkan gambar berkualiti apabila berhadapan dengan cahaya terang.

Menyentuh mengenai soal harga dan tarikh jualan rasmi, setakat ini tiada maklumat dikongsikan oleh pihak Asus dan kami menjangkakan penjual tempatan seperti DirectD dan juga SatuGadget mungkin akan membawa masuk dan menawarkannya kepada pengguna Malaysia apabila ia dijual diperingkat Global kelak.

via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here