Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition Dilengkapi Memori Terbina 256GB, 2.5GHz Intel SoC

0
1,493 views
views

Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition diperkenalkan oleh Asus di Brazil minggu ini dilengkapi dengan spesifikasi yang agak mengejutkan kami. Jika model Asus Zenfone 2 Deluxe sebelum ini tidak mampu membuatkan anda kagum dengan spesifikasi yang digunakan, versi Special Edition ini mungkin mampu membuatkan anda kagum sebentar dan menginginkannya.

Asus menaiktaraf spesifikasi pada model asal Zenfone 2 Deluxe dengan mengemaskini saiz storan terbina yang kini sebesar 256GB dan jika itu tidak cukup besar untuk anda, ia turut menyokong sdcard sebesar 128GB. Cip pemprosesan Intel Z3580 berkelajuan 2.5GHz digunakan dan dibantu dengan ram sebesar 4GB, cukup untuk membuatkan peranti ini berfungsi dengan amat baik tanpa sebarang masalah. Zenfone 2 SE ini masih mengekalkan kamera utama 13 megapiksel, 5 megapiksel dihadapan, skrin Gorilla Glass 3 bersaiz 5.5 inci 1080p, Android 5.0 Lollipop dan bateri terbina sebesar 3000mAh.

Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition ini turut menyokong fungsi Dual-sim, LTE CAT 6, dan teknologi pengecasan pantas Asus Boostmaster. Menyentuh mengenai soal rekaan, ia masih menggunakan rekaan Polygonal seperti model asal Deluxe.Soal harga dan tarikh jualan masih lagi tidak diumumkan buat masa ini. Asus juga tidak mengumumkan samada Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition ini akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun tidak.

Model awal Asus Zenfone 2 sebelum ini berjaya dipasang sistem operasi Windows 7 Ultimate versi penuh oleh seorang pembangun di XDA dan kami percaya Asus Zenfone 2 Deluxe Special Edition hanya menunggu masa sebelum perkara yang sama dapat dilakukan pada peranti tersebut. Sama-sama kita nantikan.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here