Asus Zenfone 2 Deluxe – Lebih Premium Dengan Rekaan Polygonal, Masih 4GB Ram

0
543 views
views

Asus Zenfone 2 Deluxe turut diperkenalkan oleh Asus pada minggu ini selain Asus Zenfone 2 Laser yang memfokuskan kepada kamera. Peranti ini merupakan versi kemaskini kepada model sebelum ini dan apa yang menariknya, ia kini hadir dengan rekaan baru berasaskan Polygonal. Spesifikasi lain turut ditambahbaik walaupun terdapat beberapa perkara yang masih dikekalkan oleh Asus.

Rekaan Polygonal yang digunakan pada bahagian belakang peranti ini bagi kami amat-amat menarik. Apa yang dipanggil oleh Asus sebagai “premium-crafted polygonal design” merupakan satu rekaan dimana lebih daripada 500 segitiga digabung bagi menghasilkan seperti apa yang anda dapat lihat di dalam gambar. Menarik bukan?

Menyentuh mengenai  soal spesifikasi yang digunakan pada Asus Zenfone 2 Deluxe kali ini, ia masih dilengkapi skrin 1080p bersaiz 5.5 inci (Gorilla Glass 3), seperti sebelum ini, ia turut hadir dalam dua versi yang berbeza cip pemprosesan iaitu Z3560 dan Z3580, 4GB ram untuk kedua-dua model, masih lagi Android 5.0 Lollipop, memori terbina kini sebesar 64GB dengan sokongan sdcard sehingga 128GB dan bateri bersaiz 3,000mAh yang dilengkapi teknologi BoostMaster Fast Charging.

Kamera utama pada peranti ini masih lagi 13 megapiksel dan 5 megapiksel di bahagian hadapan bagi memastikan selfie/wefie anda lebih cantik berbanding realiti. BoostMaster Fast Charging yang ada pada Asus Zenfone 2 Deluxe ini mampu mengecas sehingga 60% dalam masa 39 minit. Soal harga dan tarikh jualan masih lagi tidak diumumkan buat masa ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here