Adakah Ini Huawei Nexus ? – Peranti Terbaru Siri Google Nexus Dengan Kerjasama Huawei

0
653 views
views

Huawei Nexus hangat diperkatakan bakal diperkenalkan sebagai peranti Google Nexus terbaru menyambung kejayaan Motorola Nexus 6.Bakal dilengkapi dengan spesifikasi terbaik masa kini, hari ini, gambar yang dikatakan sebagai peranti tersebut dikongsikan oleh pembocor maklumat teknologi terkenal, Evleaks.

Telefon pintar tersebut dijangka akan diperkenalkan sebagai Huawei Mate 8 dan pelancarannya bakal diadakan pada 2 September 2015 akan datang. Video pendek menunjukkan telefon pintar tersebut secara kasar turut tersebar dan ianya sama seperti gambar yang dikongsikan oleh Evleaks.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyentuh mengenai spesifikasi yang bakal digunakan pada Huawei Nexus ini, namun antara yang hangat diperkatakan ialah ia bakal menggunakan skrin bersaiz 5.7 inci dengan paparan QHD, cip pemprosesan Snapdragon 820 yang masih belum diumumkan, kamera utama 21 megapiksel, fungsi pengecasan tanpa wayar ( Wireless Charging ), sambungan USB-Type C dan Android M.

via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here