Xiaomi Redmi Note 2 Turut Bakal Dilengkapi Pengimbas Cap Jari, Kamera 13MP

0
432 views
views

Xiaomi Redmi Note 2 mungkin masih belum diumumkan oleh pihak Xiaomi namun pelbagai maklumat awal mengenainya telah pun hangat diperkatakan. Siri terbaru Redmi Note ini dikatakan akan menyertai beberapa model jenama lain untuk turut menggunakan sistem pengimbas cap jari padanya.

Beberapa spekulasi awal tersebar mengatakan peranti dengan skrin bersaiz 5.5 inci ini akan menggunakan cip pemprosesan Octa core MediaTek MT6795, kamera utama 13 megapiksel,5 megapiksel di hadapan, dan sambungan LTE.

Gambar yang dikatakan sebagai Xiaomi Redmi Note 2 turut dikongsikan di laman web terkenal China, Weibo menunjukkan rekabentuk telefon pintar tersebut secara kasar. Jelas kelihatan di bahagian belakang Xiaomi Redmi Note 2 satu bahagian seakan pengimbas cap jari yang terletak di bahagian bawah kamera dan lampu Flash.

Gambar yang dikongsikan turut menyerupai gambar awal lakaran digital Xiaomi Redmi Note 2 yang dikongsikan oleh akaun twitter @leaksfly. Kebanyakkan peranti canggih masa kini menyertakan pengimbas cap jari di bahagian hadapan, namun Xiaomi dilihat mengikuti jejak langkah Huawei dengan meletakkan fungsi tersebut dibahagian belakang seperti Huawei Mate 7.

Seperti biasa, masih terlalu awal untuk mengesahkan maklumat serta keaslian gambar yang dikongsikan buat masa ini dan apa yang anda boleh lakukan ialah cuma tunggu pengumuman rasmi dari Xiaomi pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.

sumber : AndroidAuthority

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here