Windows 7 Berjaya Di Pasang Pada Asus Zenfone 2 ZE551

0
728 views
views

Asus Zenfone 2 merupakan antara peranti yang amat terkenal dikalangan pengguna Android. Dilengkapi ram sebesar 4GB dan pertama seumpamanya, ia turut dijual pada harga yang amat rendah.

Peranti dengan ram sebesar 4GB dari Asus ini menggunakan cip pemprosesan Intel dan menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop. Dalam satu perkembangan terbaru, seorang pembangun di XDA Dev memecahkan rekod apabila berjaya memasang sistem operasi Windows 7 dan berfungsi sepenuhnya pada Asus Zenfone 2 ZE551 miliknya.

asus zenfone 2 windows 7

Sistem operasi Android milik Google memang terkenal dengan ciri-ciri “Open Source” yang membenarkan pembangun melakukan pelbagai perkara. Sebelum ini, anda juga boleh memasang lebih dari satu rom padap peranti masing-masing menggunakan aplikasi MultiRom termasuk memasang sistem Operasi Ubuntu dengan cara Dual-Boot.

Ciri-ciri yang ada cip pemprosesan Intel peranti tersebut membenarkan sistem operasi komputer untuk dipasang dan berfungsi sepenuhnya. Apa yang menariknya, ianya tidak mempunyai sebarang masalah atau “bugs” yang ketara dan berfungsi dengan baik.

Seperti biasa, proses ini amat rumit bagi mereka yang tidak biasa dimana ia melibatkan beberapa perkara seperti membuka bootloader peranti, flash kernel dan bermain dengan code menggunakan Terminal Emulator.

ycavan turut menyediakan tutorial lengkap bagi pengguna Asus Zenfone 2 yang ingin mencuba memasang sistem operasi Windows 7 pada peranti masing-masing. Harus diingat, pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan. Rujuk pautan dibawah untuk tutorial lengkap berbahasa inggeris.

sumber : xda developers

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here