Sony Xperia Z5 Bakal Hadir Dengan Spesifikasi Terbaik – Ini Xperia Yang Anda Nantikan

0
676 views
views

Sony Xperia Z5 telah mula disebut-sebut akan kemunculannya setelah Xperia Z4 yang hanya khusus untuk pasaran Jepun diperkenalkan tidak lama dahulu. Sony Xperia Z3+ pula diperkenalkan oleh Sony untuk pasaran antarabangsa menggantikan Xperia Z4. Jika dilihat dari segi spesifikasi, Xperia Z4 atau Xperia Z3+ menyebabkan ramai peminat peranti Sony merasa agak kecewa kerana tiada perubahan besar diperkenalkan.

Pengenalan Sony Xperia Z5 yang dijangka akan diumumkan pada penghujung tahun ini mungkin memberikan sedikit khabar gembira kepada peminat peranti Sony. Flagship terbaru daripada Sony Mobile tersebut bakal dilengkapi spesifikasi terkini yang ada pada sesebuah peranti.

Xperia Z5 bakal dikuasakan oleh cip pemprosesan tercanggih Qualcomm, Snapdragon 820, ram sebesar 4GB dan kamera utama dengan resolusi 21 megapiksel. Kamera tersebut bakal menggunakan Sony Exmor RS IMX230 CMOS sensor yang berupaya merakam pada resolusi 4K dan HDR. Fungsi dan ciri-ciri Pengimbas Cap Jari dijangka akan turut diguna pakai pada peranti ini.

Menggunakan spesifikasi canggih memerlukan jumlah kuasa yang agak tinggi dan Sony dilihat bersedia untuk menggunakan bateri bersazi 4,500mAh pada Xperia Z5. Walaubagaimanapun, rekaan OmniBalance dikatakan akan terus digunakan oleh Sony dan ini menandakan ia bakal mempunyai rekabentuk yang sama seperti siri Xperia sebelum ini.

Senarai Peranti Dengan 3GB Ram Di Malaysia : Pilihan Anda?

Peranti lain yang disebut bakal dilengkapi spesifikasi yang sama ialah LG G Pro 3 yang turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820, 4GB ram dan kamera utama dengan resolusi 20.7 megapiksel. Penghujung tahun ini bakal menyaksikan pengenalan beberapa model beast termasuk Samsung Galaxy Note 5 dan OnePlus Two. Mampukah Sony Xperia Z5 menarik perhatian pengguna ? Sama-sama kita nantikan.

sumber Technodify | via PhoneArena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here