Sony Concept Firmware Tersebar – Pengguna Xperia Z3 D6603 ? Anda Kini Boleh Mencubanya

Sony Concept Firmware merupakan percubaan Sony Mobile untuk menggunakan firmware yang lebih ringan serta menyerupai antaramuka stock Android. Sebanyak 500 pengguna dipilih untuk mencuba Concept Firmware ini secara tertutup. Malangnya, buat masa ini, hanya pengguna Xperia Z3 yang berpeluang untuk mencuba firmware tersebut.

Berita baik bagi pengguna Sony Xperia Z3 D6603 yang ingin mencuba firmware konsep dari Sony ini, anda kini boleh memasang firmware tersebut pada peranti masing-masing. Seorang pengguna telah pun berkongsi firmware konsep tersebut di laman xda developers membenarkan pengguna lain untuk mencubanya pada peranti mereka.

Menyentuh mengenai prestasi pada firmware ini, ianya cukup stabil dan pantas. Beberapa aplikasi Sony masih wujud dan fungsi serta ciri pada kamera asal peranti Xperia turut masih ada. Walaubagaimanapun, anda akan kehilangan beberapa ciri yang ada seperti Double Tap to Wake, Xperia Themes dan juga Sound Enhancement.

Sony Concept Firmware ini boleh dipasang dengan mudah menggunakan cara biasa iaitu flash firmware. Bagi anda yang sering menukar rom atau format peranti masing-masing, ini tidak sepatutnya menjadi masalah buat anda untuk memasangnya.

Harus diingat, proses pemasangan ini akan menyebabkan anda kehilangan data pada peranti, jadi sila pastikan anda telah pun backup perkara penting sebelum memulakan proses. Rujuk halaman Xda Dev dibawah untuk tutorial lengkap dan pautan muat turun.

Tutorial Pemasangan + Muat Turun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here