Sony Bakal Menggunakan Konsep Stok Android Pada Xperia Mereka Akan Datang

0
513 views
views

Rekabentuk Android asal atau stock android mempunyai rekaan yang amat menarik dan ianya merupakan faktor mengapa telefon pintar Google Nexus amat diminati ramai. Motorola sebelum ini turut menggunakan rupabentuk stock Android pada telefon pintar mereka dalam masa yang sama turut mengekalkan fungsi serta aplikasi mereka sendiri.

Dalam satu perkembangan terbaru, Sony dilihat turut akan mengikuti jejak langkah Motorola untuk menggunakan stock Android pada telefon pintar mereka. Sebanyak 500 pengguna dipilih untuk mencuba firmware konsep terbaru Sony yang tidak lagi menggunakan rekaan kebiasaan Xperia akan tetapi lebih kepada Stock Android Lollipop.

Seperti Motorola, walaupun menggunakan rupabentuk stok Android, namun segala fungsi yang sebelum ini terdapat firmware terdahulu mereka turut disertakan. Beberapa screenshot dikongsikan pengguna menunjukkan bagaimana rupabentuk firmware konsep oleh Sony ini.

Bagi kami ini merupakan satu langkah baik memandangkan stock Android boleh dikatakan amat sempurna dari segi rupabentuk dan ringan jika hendak dibandingkan dengan skin yang digunakan oleh pengeluar telefon pintar lain.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here