Samsung Galaxy S6 Edge Iron Man Limited Edition Ditawarkan Di Malaysia – RM10999 Sahaja

Samsung Galaxy S6 Edge di Malaysia telah pun mula dijual pada harga RM3099 dan itu sudah cukup mahal bagi kami. Bagaimana pula dengan jika ianya adalah set edisi terhad Marvel Iron Man?

Samsung Galaxy S6 Edge Iron Man Limited Edition diperkenalkan secara rasmi 26 Mei yang lalu dan menjadi rebutan peminat peranti Android dan peminat Marvel Iron Man. Menjadi peranti edisi terhad, agak sukar untuk melihat ia dijual di Malaysia.

Namun, memandangkan tiada apa yang mustahil di dunia ini, Samsung Galaxy S6 Edge Iron Man Limited Edition telah pun dibawa masuk ke Malaysia oleh penjual tempatan dan anda boleh mendapatkan peranti edisi terhad ini pada harga RM10999 sahaja.

Tiada apa yang berbeza dari segi spesifikasi yang digunakan.Jarvis, pembantu maya Tony Stark juga tidak terdapat di dalam peranti tersebut. Apa yang menjadi kelainan bagi Galaxy S6 Edge Iron Man ini ialah dari segi tema, disertakan dengan pod Wireless Charging bertemakan Iron Man dan kotak bungkusan premium dan anda perlu membayar RM10999 jika ingin mendapatkannya.

sumber : via

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here