Samsung Galaxy S3 Boleh Ditambah Ram Kepada 11GB Dengan Memasang Rom CyanogenMod

1
567 views
views

Samsung Galaxy S3 hadir dengan ram sebesar 1GB ram dan itu sebenarnya tidak cukup untuk membuatkan telefon pintar tersebut laju dan smooth terutama ketika proses multi tasking. Bagaimana jika saiz ram pada peranti tersebut boleh ditambah menjadikan ianya sebesar 11GB?

Itu yang dikatakan oleh seorang pengguna Facebook yang ingin menjual set Samsung Galaxy S3 miliknya yang mengalami kerosakan pada bahagian skrin. Menurut beliau, Galaxy S3 miliknya telah pun ditambah saiz ram sebanyak 10GB menjadikan ram asal sebesar 1GB kepada 11GB!

Jadi, bagaimana beliau melakukannya? Proses ini sangat ringkas dan mudah dimana anda hanya perlu root telefon pintar masing-masing dan pasang custom rom CyanogenMod Android 4.4.4 Kit Kat. Selesai proses tersebut, anda akan mendapat telefon pintar dengan ram sebesar 11GB, jauh lebih besar dari senarai peranti dengan ram 4GB dan 3GB ram.

Sebelum anda mengikut langkah yang sama, proses ini hanya berfungsi pada peranti-peranti tertentu seperti peranti original Samsung sahaja.

Tidak banyak maklumat dikongsikan termasuk harga jualan yang tidak dinyatakan. Kami merasakan mungkin anda juga perlu memecahkan skrin telefon Galaxy S3 masing-masing bagi memastikan 11GB ram tersebut sempurna dipasang.

Berita kurang baik nya ialah, telefon pintar ini telah pun dijual dan ya, seperti kami, anda telah pun terlepas peluang untuk memiliki peranti hebat dengan 11GB ram, pertama seumpamanya.

Jadi, apa pandangan anda ? Kami hanya mampu memandang dengan lidah yang kelu. Mungkin mereka ini bergurau.

sumber : Group Facebook Samsung Galaxy S3 Malaysia

Pesanan Khidmat Masyarakat : Ini merupakan salah satu keburukan jual-beli atas talian dengan orang perseorangan. Pelbagai teknik penipuan direka untuk mencari keuntungan. Kepada penjual, berlaku jujur lah kepada pembeli anda.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here