Samsung Galaxy A8 – Peranti Ternipis Samsung Dengan Pengimbas Cap Jari, Kamera 16MP

0
535 views
views

Samsung Galaxy A8 belum lagi diumumkan secara rasmi oleh Samsung Mobile namun maklumat awal mengenainya telah pun tersebar secara meluas. Peranti terbaru dalam siri Galaxy A ini memegang gelaran telefon pintar ternipis Samsung.

Dilengkapi spesifikasi pertengahan, peranti ini hanya mempunyai ketebalan sekitar 5.94mm, dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 615, 2GB ram, skrin 5.7 inci, kamera utama 16 megapiksel dan 5 megapiksel bahagian hadapan, memori terbina 32GB dengan sokongan sdcard 128GB, bateri bersaiz 3050mAh dan Android 5.1 Lollipop.

galaxy-a8-leaked-1

Mempunyai rekaan seperti Samsung Galaxy S6 dengan kemasan logam, Samsung Galaxy A8 turut mempunyai pengimbas cap jari terbina disebalik butang Home berfungsi untuk tujuan sekuriti. Kamera utama peranti ini menggunakan Samsung’s ISOCELL camera sensor, f/1.9 camera aperture dan real-time HDR.

Tiada maklumat rasmi mengenai tarikh pengumuman dan jualan dikongsikan buat masa ini. Khabar angin turut menyatakan telefon pintar ini akan mula dijual pada harga sekitar $450 (RM1700) dan bakal hadir dalam 3 pilihan warna.

Sumber : Sammobile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here