OnePlus Two – Bateri Lebih Besar, Saiz Lebih Kecil, Lebih Berkuasa, Lebih Mahal

0
498 views
views

OnePlus Two mungkin belum diperkenalkan secara rasmi buat masa ini. Namun, pihak OnePlus sendiri telah pun berjanji akan berkongsi spesifikasi yang bakal digunakan oleh OnePlus Two secara berperingkat.

Sebelum ini mereka telah pun mendedahkan beberapa spesifikasi utama OnePlus Two antaranya cip pemprosesan Snapdragon 810 V2.1 yang lebih baik, ram sebesar 4GB, USB Type-C dan juga pengimbas cap jari terbina.

Hari ini, beberapa lagi spesifikasi OnePlus Two dikongsikan bersama oleh OnePlus dimana peranti terbaru mereka akan dilengkapi bateri yang lebih besar iaitu 3300mAh dan juga saiz yang lebih kecil berbanding OnePlus One.

Selain itu, cover StyleSwaps yang lebih baik akan diperkenalkan bersama OnePlus Two kelak dan berita kurang baik buat peminat OnePlus, OnePlus Two masih akan dijual menggunakan sistem yang sama iaitu sistem jemputan ataupun Invite System.

Menyentuh mengenai soal kamera, pihak OnePlus memutuskan untuk mendedahkannya ketika acara pengumuman yang akan berlangsung pada 29 Julai ini.

Menurut CEO mereka, OnePlus Two bakal dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding OnePlus One akan tetapi tidak akan melebihi tanda harga $450 (RM1700).

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here