OnePlus 2 Bakal Dijual Pada Harga Lebih Tinggi Berbanding OnePlus One

0
577 views
views

OnePlus 2 bakal ditawarkan pada harga yang lebih tinggi model terdahulu, OnePlus One. Sesuatu yang memang dijangka dari awal memandangkan flagship terbaru milik OnePlus ini bakal dilengkapi dengan spesifikasi terbaik masa kini.

OnePlus CEO Pete Lau melalui tweet beliau mengatakan bahawa harga OnePlus Two tidak akan melebihi $450 bersamaan dengan RM1721+- . Beliau walaubagaimanapun tidak menyebut harga sebenar dan berkemungkinan akan dijual dalam anggaran RM1200 – RM1721.

OnePlus Two yang bakal diperkenalkan kepada umum pada 27 Julai ini akan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 810 versi kemaskini yang lebih baik berbanding versi lama, USB Type C dan juga Pengimbas Cap Jari. Spesifikasi lain walaubagaimanapun masih belum dikongsikan oleh pihak mereka.

Dalam perkembangan lain, OnePlus One masih boleh didapati di Malaysia pada harga sekitar RM1200 dan RM1500 bagi model edisi terhad yang menggunakan buluh sebagai cover belakang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here