Nvidia Shield Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia – Kami Tahu Anda Mahukan Ini

1
2,342 views
views

Techbug.my sebuah kedai atas talian premium di Malaysia tidak pernah mengecewakan pelanggan mereka dalam soal membawa masuk gajet dan telefon pintar yang sukar untuk didapati. Terbaru, Nvidia Shield Pro kini ditawarkan di Malaysia oleh pihak mereka, sebuah konsol permainan berkuasa tinggi berasaskan Android TV.

11698515_863015340413839_5320461614361710285_n
sumber : Techbug.My

Bagi yang masih tak tahu mengenai Nvidia Shield, ianya merupakan sebuah konsol permainan dan juga set TV pintar yang dikuasakan oleh Google Android TV. Apa yang kami boleh katakan ialah segala perkara yang berkaitan dengan Nvidia Shield Pro ini adalah kesemuanya amat menarik perhatian.

Hadir dengan rekaan yang lain dari kebiasaan, Nvidia Shield Pro dilengkapi dengan spesifikasi tercanggih yang ada pada masa kini. Anda akan mendapat sebuah konsol permainan dan set TV pintar berasaskan Android TV dikuasakan oleh Nvidia’s Tegra X1 superchip, 3GB ram, memori terbina sebesar 500GB.

Menurut The Verge, Nvidia Shield Pro 2 kali ganda lebih berkuasa daripada Xbox One namun hanya menggunakan separuh kuasa daripada apa yang digunakan oleh Xbox One. Sebagai sebuah set TV pintar, anda boleh menonton rancangan kegemaran dan Youtube pada resolusi 4K.

Jika itu tidak cukup menarik buat anda, Nvidia Shield Pro turut membenarkan pengguna untuk stream permainan PC dari Cloud atau dalam bahasa mudahnya, anda boleh bermain games seperti siri Batman Arkham atau Ultra Street Fighter IV terus dari Nvidia Shield Pro tanpa memerlukan komputer canggih. Video dibawah menunjukkan bagaimana ia berfungsi.

https://www.youtube.com/watch?v=9SDeNe3DKgQ

Techbug menawarkan pakej penuh Nvidia Shield Pro ini pada harga RM1999. Ini termasuk controller, SHIELD Remote dan juga Stand untuk konsol tersebut. Anda boleh hubungi Techbug terus melalui laman web mereka di techbug.my ataupun di facebook page rasmi.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here