LG G4 Di Malaysia Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM2499 – Diedarkan Oleh Zitron Enterprise

0
670 views
views

LG G4 di Malaysia sebelum ini hanya boleh didapati dalam versi original AP Set ( set dengan waranti dari pekedai ) dan dijual pada harga amat tinggi iaitu sekitar RM3800. Namun, disebabkan sambutan yang agak kurang, ianya turun kepada sekitar RM2200. Peranti terbaru milik LG ini boleh dikategorikan sebagai telefon pintar tercanggih dengan kemampuan kamera yang amat hebat.

lg g4 malaysia

Berita baik bagi yang sedang menunggu LG G4 ditawarkan secara rasmi LG Malaysia, ianya akan mula dijual bermula hari ini di Malaysia melalui pengedar rasmi, Zitron. Peranti ini mula dijual pada harga rasmi RM2499 dan pada harga yang sama anda akan mendapat freegift berupa kit pengecas bateri dan Leather Quick Cover Case bernilai RM580.

Melihat kepada halaman produk LG Malaysia, 3 variasi ditawarkan iaitu versi kulit asli berwarna hitam, coklat dan merah. Antara spesifikasi ringkas LG G4 ialah ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 808, skrin 5.5 inci, 3GB ram, 32GB memori terbina + sokongan sdcard, kamera utama 16 megapiksel + 8 megapiksel dihadapan, Android 5.1 Lollipop dengan LG UI dan bateri sebesar 3,000mAh.

Sumber : LG Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here