LG G Pro 3 Bakal Hadir Dengan 4GB Ram, Snapdragon 820, Kamera 20.7MP?

0
711 views
views

LG G Pro merupakan antara siri peranti berspesifikasi tinggi milik LG disamping siri LG G. Model terbaru dalam siri G Pro ialah LG G Pro 2 yang diperkenalkan pada tahun lepas dan dalam satu perkembangan baru, LG dikatakan akan mengeluarkan LG G Pro 3 sebagai penyambung kejayaan siri G Pro.

LG G PRO 2

Antara spesifikasi yang sedang hangat diperkatakan bakal digunakan oleh LG G Pro 3 ialah cip pemprosesan terbaru Snapdragon 820, ram sebesar 4GB, skrin HD penuh bersaiz 6 inci, memori terbina sebesar 32GB dengan sokongan sdcard, pengimbas cap jari, kamera utama 20.7 megapiksel dan 8 megapiksel di bahagian hadapan .

Jika dilihat dari segi spesifikasi, LG kelihatan bersedia untuk menghadapi saingan dari jenama telefon pintar yang lain turut bakal memperkenalkan model berspesifikasi tinggi masing-masing. Samsung dengan Galaxy Note 5 mereka, Google dengan dua peranti Nexus yang disebut bakal dikeluarkan oleh Huawei dan LG dan lain-lain.

BACA
Samsung Galaxy S6 Edge Iron Man Limited Edition Kini Dijual Di Malaysia

Buat masa ini, peranti terbaru daripada LG ialah LG G4 yang menarik perhatian peminat Android dengan spesifikasi, rekaan serta keupayaan kamera peranti tersebut yang amat hebat. LG G4 telah pun mula dijual secara rasmi oleh pengedar Brightstar pada harga RM2499.

LG G Pro 3 dikatakan akan mula dijual pada penghujung tahun ini dengan harga anggaran sekitar $790 (RM3000).

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here