Lenovo Vibe Shot Z90 Kini Di Malaysia – Peranti Dengan Rekaan Kamera Kompak, Kamera 16MP, 3GB Ram

0
1,009 views
views

Lenovo Vibe Shot Z90 kini ditawarkan di Malaysia melalui penjual tempatan, tidak lama selepas ia diperkenalkan secara rasmi di acara MWC2015 Mac lalu. Sebuah telefon pintar unik milik Lenovo, Vibe Shot menggunakan rekaan seakan sebuah kamera kompak dan dilengkapi spesifikasi yang agak menarik.

 

Lenovo Vibe Shot Z90 memfokuskan kepada keupayaan kamera dimana ia dilengkapi kamera utama 16 megapiksel serta 8 megapiksel di bahagian hadapan. Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snadragon 615 dan ram sebesar 3GB digunakan bagi memastikan segalanya pantas dan lancar. Selain itu, ia turut mempunyai ruangan storan sebesar 16GB dengan sokongan sdcard 128GB, skrin 5 inci 1080p Full HD, Android 5.0 Lollipop dan bateri sebesar 2900mAh.

Jika dilihat dari segi spesifikasi yang digunakan, Lenovo Vibe Shot Z90 tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk berfungsi dengan baik. Buat masa ini tiada review atau ulasan dikongsikan mengenai prestasi kameranya akan tetapi anda boleh membeli telefon pintar ini pada harga RM1079 dan mencubanya sendiri.

Lenovo Vibe Shot Z90 boleh di dapati dari pihak DirectD dalam 2 pilihan warna iaitu merah dan hitam.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here